Written by serenity | November 22nd, 2017

Imej terbaru penyanyi dan pelakon Ifa Raziah yang kini lebih langsing menimbulkan tanda tanya di kalangan Netizen, apa sebenarnya yang dilakukan oleh Ifa Raziah sehingga berat badannya susut? Dan yang paling tak mengejutkan, ada yang berfikiran negatif menuduhnya membuat liposuction atau sedut lemak untuk tampil dengan tubuh yang lebih kurus.

Bagaimanapun, Astro Gempak melaporkan, Ifa menafikan bahawa dia telah menyedut lemak:

Saya kurus sebab sedut lemak? Alahai…saya belum buat lagilah! Tapi nawaitu tu ada…Itu yang semua orang nak dengar saya cakapkan?

Selagi saya bercakap benda betul, orang tak nak percaya. Kenapa? Nak kena keluar benda ‘panas’ dari mulut Ifa Raziah baru orang puas hati ke?

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Ifa juga tidak merahsiakan sebab sebenar dia berjaya menguruskan badan, iaitu mengamalkan makan 10 biji telur sehari. Tetapi, diet seperti itu menyebabkan dia merasa muak, jadi dia berhenti dan mula mengelak sebarang jenis makanan pepejal dan hanya minum air:

Tak boleh tahanlah makan telur hari-hari. Sebab itu saya ‘kamikaze’ diet cara saya sendiri iaitu dengan menolak semua makanan pepejal dan minum air sahaja.

Saya tidak nafikan dimarahi doktor kerana diet rejim saya ini, tetapi demi memenuhi tuntutan kerjaya saya ‘langgar’ sahaja.

Saya tak sarankan orang luar ikut cara diet saya ini, tapi ada sesuatu bakal saya kongsikan kepada peminat di luar sana tentang penurunan berat badan saya ini.

Ada sesuatu yang saya amalkan, tunggu Januari nanti saya akan kongsikan kepada semua.

 

Dari apa yang diberitahu oleh Ifa, makan 10 biji telur sehari bermakna ia diet rendah karbohidrat (bukan diet Atkins) dan penulis pernah membaca supermodel Nasha Aziz mengamalkan  diet yang sama, bezanya Nasha hanya makan enam biji telur rebus bahagian putih saja sehari demi mengekalkan tubuh yang langsing.

Dengan diet sebegitu ketat tidak hairan Ifa dapat menurunkan berat sehingga 12 kg dalam masa dua bulan, ya tak?  Tetapi jika hanya yang benar-benar kental saja mengamalkannya. Sila dapatkan nasihat doktor sebelum melaksanakan apa-apa jenis diet, okay? – beautifulnara.com

 

61 responses to Ifa Raziah Susut 12 Kilogram Diet Makan Telur 10 Biji Sehari

  1. milah minangkabau says:

    Fuhhh. terus cantik ifa raziah kurus macam ni. dah macam supermodel dah. untungla tua-tua still bergetah

    13

    1
  2. zinnnnade cipale cikade uui uu yeh says:

    ntah-ntah januari ni nak promote produk pelangsingan badan.

    53

    0
  3. mak ita says:

    tudia, banyak gila makan telur. sure kentut berbau ja

    20

    0
  4. Anonymous says:

    bila pulak nak diet kasi mulut ko beradap sikit.
    dia ni bila bckp mcm xde pelajaran. low class…

    10

    1
  5. anonymous says:

    iffa ni bagus serba boleh cuba bagi peluang ifa pulak jadi host GV bosan giler dgn nabil dan jihan dah basi sgt dah dia org tu ,meluat lagi

    3

    8
  6. geragas says:

    Artis kebayakknya ckp x serupa bikin..dia org fake..cayalh..sedut lemak..entah apa2lh lg yg dia org lakukn..lps tu jadi duta produk
    Hrmmm..dh hafal dh..peminat jgk yg tertipu..

    18

    0
  7. Anonymous says:

    Dulu dagu dia takde pulak runcing gitu. Kesan byk sgt makan telur ke?

    11

    0
  8. Norihan Nordin says:

    Pada 19-11-17 baru tenguk dia di TV3 Nona bentuk badan mcm biasa msh MONTEL.

    10

    0
  9. anon says:

    ko gi sedut lemak ..
    gi cocok sana sini
    ko kata makan telurrrr ???????
    jadahhhhh !!

    27

    0
  10. Jiwa Terbang says:

    masa GV4 yg pertama kan dia ada keluar utk interview artis kat blkg pentas… tgk masa tu badan dia macam biasa lg. tak nampak susut walau sikit pun.

    Ada yang dia buat kat badan dia ni…. ?

    3

    0
  11. Anonymous says:

    cer korang tengok..langsior ngan bantal to melengkung tak..hahahahahahah

    11

    0
  12. Kakakkau says:

    Dulu kak nita pun tak ngaku dia buat pelastik segery.. akhirnya peminat makin pandai nilaikan.hehehe. Siap ada yg kata petua ambik wudhuk la, yg makan Ulam la. Hahahaha
    Mmg cantik Iffa ni bila da kurus, tapi kita kena la beringat2 jgn nk kejar nk langsing diet bagai skrg, nanti bekalan calcium vitamin hari tua berkurangan dah berbongkok sblm 55thn.,

    5

    0
  13. senah lambak says:

    bagus la kurus,, ringan sikit orang nak angkat jenazah ko

    14

    -4
  14. Sambal belacan says:

    Makan telur je tp sayur-sayuran dan buah-buahan n etc tak dak da tetap tak seimbang. Sedangkan org jaga makan pun boleh sakit inikan pula yg main hentam makan. Takut aku tgk dagu dia. Nmpak sgtlah tak natural.

    6

    0
  15. Ida says:

    sebaik-baik diet adalah makanan seimbang. diet adalah gaya hidup. mcm jaga kecantikkan la.. ia adalah amalan dan gaya hidup. diet bukan bermakna anda perlu berlapar. piramid makanan perlu dikaji. 6 aras…yg paling bawah dan terpenting buah-buahan dan sayuran, diikuti dgn bijian dan sirat, pastu …susu dan protein, daging dan karbohidrat. last sekali ..gula.

    9

    0
  16. Anonymous says:

    tak guna kurus kalu muka runcing mcm serigala

    6

    0
  17. Mak Becok says:

    Ni lah retis yg paling pelestik dan pelesu. Semua tak ori..inject sana sini. Kalu kumpol jarum2 tu sume, aku rasa landak tengok pun terkezut!

    19

    0
  18. Aminnnn says:

    Aku berlindung daripada syaitan yang direjam!!!!!

    K bye..lol

    6

    0
  19. Anonymous says:

    cantik ke camni? mcm drag queen!!!

    6

    0
  20. Miso says:

    Cantik pada luaran
    Dalaman nya dah over heated!

    1

    0
  21. Anonymous says:

    She looks like a drag queen cos mekap tebal sgt. Klu dah tua ni dressing kna sesuai dg usia dan bentuk badan. fesyen orang muda tak memudakan seseorang. Sebaliknya jadi bahan ketawa. Ko ni masa muda dulu cantik. Dah tua ni mekap kna mellow sober sikit.

    1

    0
  22. Eeee...seram says:

    Klu diet exstrem gni x mngelebeh ke kulit?klu bsar effect cmni,knp lisa surihani x buat mcm ko buat ni drp ssah2 ke gym exercise?tp yg nyato,rupa bru ko ni mmg mnyeramkn.

    1

    0
  23. Ex-Amnet Forumer says:

    First, kembang tekak dgr mkn telur sampai 10 biji. Bole caya ke? Antara petua yg selebriti pernah bagi dan rasa sceptical sket tentang petua tersebut.

    Dato CT – sapu lemak ayam pd kening utk dpt kening cantik. Rasa nak loya dgr. Terbayang bau hamis ayam kat kening

    Normala shamsuddin – mandi air embun setiap pg.

    5

    0
  24. ohyeah.. says:

    mkn telor shj ? tak sembelit ke? serat langsung takda..

    lagipun mana cukup calorie? tentu pening dan loya dan tak bertenaga. apa tah lagi nk gelek.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    Petua artis merepek. Padahal cucuk sana, cucuk sini. Buat treatment pelbagai. Last2 muka mcm pondan!!!

    7

    0
  26. Anonymous says:

    kentut dia mesti berbau jenis yg suehhh pelan je tapi kentut tu paling busuk mcm tong sampah.

    2

    0
  27. Anonymous says:

    dagu yang cepat kecik mkn telur 10 biji sehari….

    0

    0
  28. Anonymous says:

    tipu ahh den amalkan akints 2 minggu mkan yg banyak protin je boleh turun 4 kg saja.. choi punya petua.. skrg aku cuma kurang kan mkan manis air manis lansung x minum mmg boleh turun 3kg seminggu dgn syarat jogging stiap hr.. nak slim punya pasal gigih jogging

    1

    0
  29. mak cute says:

    mkn telo muka blh panjang cam joker…1 msia tau ko kaki plastik la…tetek pun blh silikon apa lagi muka & badan…xyah nak bodohkan org…gi je korea…thai…asal berduit sumer blh ubah…

    0

    0
  30. Anti Vida says:

    Dia orang ni semua nak tiru Sajat ke? Mula2 Siti Sarah yg tiba2 menjelma macam Beyonce, lepas tu si Ifa ni. Nampak plastik sangat. Cantik? Tak dinafikan. Natural beauty? Tak payahlah tipu diri sendiri. Saya lebih suka artis atau selebriti macam Dayang Nurfaizah yang bangga berkulit gelap dan tak kisah tak cantik (piawaian orang Melayu yg anggap hanya putih yang cantik).

    1

    0
  31. lina says:

    Kurus sgt pun x cantik..ikut bmi -/+ 3% dlm index tu ok lg..kdg susuk tubuh ni ikut keturunan jgk..yg penting sihat..satu je kalau masa muda bdn kurus bila meningkat usia gemuk tu sb metabolism dh perlahan..jadi nk maintain kenalh jaga mkn..sikit tapi seimbang..cubalh jgn ikut nafsu mkn..pelan2 boleh kurus & cantik lg..

    1

    0
  32. JAH says:

    CANTIK SESANGAT..TANG MUKA TUH YANG NAMPAK..DAGU RUNCING TUH..SUKA2..NAK AMALKAN LA DIET CAM KAK IFA..CHAYOK KAK IFA..GOOD LUCK DENGAN DIET ANDA..

    0

    0
  33. makhayam says:

    aik? hr tu dlm melodi ckp diet cecair 2 bulan. tk mkn apa2. skrg ckp diet telur rebus pulak. mana satu ni… blh tk stick kpd 1 mitos shj?

    0

    0

Leave a Comment

Optional