Maaf kerana Abang Nara terlepas satu perkara penting yang telah terjadi kepada Ifa Raziah. Apa pun, Alhamdulillah pembedahan membuang ketulan di payudara Ifa Raziah telah pun selamat dijalankan pada 7 Julai lalu. Untuk makluman, pada tahun 2011, Ifa Raziah telah terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga menyebabkan ia bengkak dan keras seperti ada ketulan.
Pembedahan telah berlangsung selama 7 jam dan telah berakhir dengan kejayaan. Selain membuang ketulan tersebut, implan turut sama dimasukkan agar payudara Ifa Raziah tidak kendur. Menurut suami Ifa, pelakon ini masih lemah akibat pembedahan tersebut. Katanya:-
Ifa kini sudah berada dalam keadaan stabil cuma masih lagi tidak bermaya.Dia kini sedang menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang tiga hingga empat hari lagi.
Ketumbuhan tersebut dikesan pada tahun 2011 lagi tetapi doktor beritahu ia tidak bahaya dan boleh dibuang apabila ia besar.
Pembedahan semalam adalah untuk buang ketumbuhan tersebut dan dalam masa yang sama memasukkan implan ke dalam payudara agar tidak kendur
Semoga Ifa Raziah lekas sembuh dan dapat menjalankan aktiviti seni seperti biasa selepas ini. Banyakkan berehat. Pastikan diri dah benar-benar sembuh sebelum kembali aktif seperti biasa. Jangan lupa pergi ‘check up’. Bertabahlah atas kesakitan yang diberikan olehNya ini.