Written by AbangNara | January 6th, 2015

Akhirnya setelah menonton kembali persembahannya pada konsert akhir Gegar Vaganza menerusi YouTube, Ifa Raziah telah tampil memohon maaf atas kesilapan yang berlaku pada malam itu. Rupa-rupanya ada kesilapan yang berlaku ketika aksinya bersama Hisyam Hamid. Malam itu juga menyaksikan Ifa Raziah hilang fokus kerana masalah teknikal dan juga ubat-ubatan yang dimakan olehnya. Sedih pula Abang Nara membaca tulisan Ifa Raziah.

ifa raziah mohon maaf

Terang Ifa Raziah menerusi akaun Instagramnya:-

Ifa baru tgk persembahan Ifa di Youtube pkl 12 mlm tadi. Terdapat sedikit kesilapan dalam step tarian yg dilakukan. Ifa sepatutnya habiskan nyayian, angkat kaki & jatuhkan badan ( ending tarian ). Tapi Ifa dah tersilap, nyanyian belum habis lagi, kaki dah naik dulu…tak sengaja. Jadi terpaksalah habiskan nyanyian, baru jatuhkan badan.

Kami hanya sempat practise dibilik make up, sebelum persembahan bermula, akibat kesuntukan masa. Ifa sebenarnya dah tak ingat & hilang fokus, disebabkan masalah teknikal yg menimpa Ifa sebanyak 2 kali. Semangat Ifa dah runtuh ketika itu. Dan mungkin juga kesan dari ubat2 yg Ifa makan sebelum persembahan. Ubat batuk sahaja ada 3 jenis, Antibiotic lagi, ubat selsema, inhaler dll. Tekanan menunggu diatas pentas hampir 10 minit…

Diburukkan lagi dengan terhidu asap dari bunga api…Ifa sesak nafas ketika itu dan hampir batuk. Semua faktor ini telah membuatkan Ifa huru hara diatas pentas. Ifa telah cuba mengawal emosi sebaik mungkin, tetapi akhirnya…kaki naik secara luar kawalan. Mungkin semua ini tak disedari oleh Juri yang sangat professional…yang mengatakan Ifa terjerit2 ketika menyanyi??? Wow hebat…(selepas ini harap tidak akan ada lagi adegan berpeluk2 antara hero & heroin di filem atau drama untuk tontonan umum)…

Ifa ingin mengucapkan terima kasih kepada @hisyamhamid7 kerana lakonan yang sangat baik dan sikap yg professional. Jadi Ifa nak memohon maaf atas kesilapan yg berlaku. Dan Ifa harap semua faham tekanan yang Ifa hadapi ketika itu…Mohon Maaf Dipinta

ifa raziah mohon maaf

Tahniah kepada Ifa Raziah kerana sanggup mengakui kesalahannya. Bukan senang nak buat persembahan secara ‘live’ lebih-lebih di bawah pengaruh ubat. Tidak semestinya apa yang dirancang menjadi. Itulah adat dan asam garam dunia seni. Semoga ia menjadi pengajaran buat Ifa Raziah dan juga para penyanyi di luar sana. Apa yang dapat Abang Nara simpulkan ialah penonton-penonton Malaysia sekarang dah tak berapa gemar aksi-aksi berpeluk dan kurang sopan ini. Mereka lebih pentingkan kualiti nyanyian berbanding perkara tersebut. Tak gitu?

ifa raziah mohon maaf

P.S: Cantik-cantik, manis-manis dan menawan-nawan sungguh jubah Lemari Myra yang hanya dijual di FamilyNara ini. Nampak muslimah sangat-sangat. Pasti sang suami akan gembira dengan penampilan anda di dalam jubah Lemari Myra ini. Dapatkannya sekarang di www.familynara.com. Tengah ada sales sekarang ini. Sila pantas!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 responses to Ifa Raziah Mohon Maaf Atas Kesilapan Ketika Konsert Akhir Gegar Vaganza

  1. pixie says:

    Tak payahla nak hentam teruk teruk, biar berpada pada. Tengok komen komen kat sini setengah tu menghentam habis habisan. Sedih tengok artis Melayu ni tapi lagi sedih tengok mentaliti korang yang seakan akan dia ni perempuan jahat sangat dan takkan bertaubat. Janganla nak cakap masa dia dah berlalu lah dah tak laku lah. Fokus hanya pada apa yang dia silap sajala, rezeki dia laku ke tak laku tu bukan untuk korang yang tentukan. Grow up please people, show more love and mercy.

  2. QQ says:

    The words that I could describe is YUCK!!!!!!! TQ.. mudah mudahan tuhan memaafkn dosa dia y terupgrade nie termasuk lelaki tue sekali… y lelaki tue pun 2×5…. sian isteri dia dripada dia sentuh y haram n tua baik dia sentuh y umur sebaya n muda mcm isteri dia…. inilah y akan terjadi la manusia lupa atas batas2 diri mereka. meremang bulu roma tengok… mcm teriak je lebih… lagu ka juga dia nyanyi tue??