Menanggung kerugian sebanyak RM82,000 sekitar Mac lalu, penyanyi dan pengacara popular Ifa Raziah memaafkan seorang jururawat yang difahamkan telah menipunya.
Kata Ifa, dakwaan berkenaan telah diselesaikan di luar mahkamah terhadap jururawat yang juga salah seorang daripada stokis produk keluarannya SolidMolid.
Menurutnya, wanita berkenaan telah menyesal akan perbuatannya dan membayar ganti rugi yang telah ditetapkan.
“Lagipun saya pernah cakap dulu, kalau dia bayar balik wang yang dilarikan itu saya akan gugurkan tuduhan terhadap dia.”
Tambah Ifa, beliau tidak sanggup mengenakan apa-apa tindakan terhadap wanita tersebut kerana tidak sampai hati mengenang anak-anak wanita terbabit dan keluarga.
Meskipun akui mulutnya lantang bersuara, namun Ifa berkata hatinya mudah tersentuh dan cepat berasa kesian orang.
Terdahulu, Ifa mendakwa dirinya ditipu salah seorang daripada stokisnya yang menyebabkan kerugiaan sebanyak puluhan ribu ringgit.
Dalam pada itu, Ifa bertindak mendedahkan isu tersebut di laman Instagramnya dan Facebook sekitar bulan Mac lalu, malah turut membuat laporan polis terhadap wanita berkenaan.
Sumber: Gempak