Ifa Raziah Hilang Sabar, Roslan Shah Doakan Anak Lelakinya Jadi Pondan

Ifa Raziah Hilang Sabar, Roslan Shah Doakan Anak Lelakinya Jadi Pondan

Mendakwa setelah sebulan berdiam diri apabila ditohmah dan difitnah oleh penyanyi dan pengacara dari Singapura, Roslan Shah, Ifa Raziah telah tampil membela dirinya. Kepada Jambu Batu Online, Ifa menyifatkan perbuatan Roslan sebagai melampau.

Advertisement

Dalam rakaman video itu, Ifa memberitahu, dia tidak kisah jika dirinya yang difitnah dan diaibkan bagi tujuan menjatuhkannya, tetapi apabila hal rumahtangga disentuh dan anak-anaknya dikutuk, dia tidak dapat berdiam diri dan tidak akan memaafkan individu itu.

Ifa menambah, Roslan telan mendoakan anak lelakinya menjadi pondan dan menuduh suami Ifa dayus hingga menyebabkan rumahtangganya hampir bergoyang.

Jika orang lain yang buat pada saya, saya boleh lagi bersabar, tetapi dia orang yang saya anggap kawan selama berbelas tahun, di mana sewaktu susah, sewaktu sakit, dia tidak ada duit–saya dengan keluarga yang menolong selama dia berada di Malaysia ini.

Apabila telah senang lenang hidup, dia buat macam ini pada saya.


Kepada Astro Gempak, Ifa mendakwa, pergaduhan dengan bermula di Singapura ketika menjayakan sebuah ekspo:

Tidak perlu saya dedahkan satu-satu apa yang berlaku, kalau dia dipihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri.

Satu lagi yang buat saya terkilan apabila dia turut menyumpah anak lelaki saya, Shakir Aqili, membesar sebagai pondan.

Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?

Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan.

Video penuh luahan perasaan Ifa boleh ditonton di bawah:

Ifa juga turut menasihatkan Roslan agar menumpukan perhatian mencari rezeki bagi menampung perbelanjaan menjaga ibunya yang memerlukan lampin pakai buang kerana dia bimbang Roslan akan membelanjakan wangnya untuk ‘anak ikan.’

Tidak pasti apa punca sebenar persengketaan Ifa dan Roslan, tetapi, apa kata sempena tahun baru ini, Ifa dan Roslan buang yang keruh, ambil yang jernih. Industri hiburan kecil saja, balik-balik jumpa muka yang sama juga. Takkan nak bermasam muka tiap-tiap kali, ya tak? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...