Ifa Raziah Habis Ribuan Ringgit Beli Beg LV Untuk Bawa Kucing

Hiburan

Ifa Raziah Habis Ribuan Ringgit Beli Beg LV Untuk Bawa Kucing

Biasanya kita dengar artis akan membeli beg tangan mewah untuk kegunaan mereka, tetapi lain pula buat selebriti Ifa Raziah yang sanggup berhabis ribuan ringgit membeli beg ‘dog carrier 50’ jenama Louis Vuitton buat tiga ekor kucing kesayangannya. Video beliau berbelanja di butik jenawa mewah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Advertisement

Jelas Ifa, beliau sedikit pun tiada niat untuk menunjuk, beliau membeli beg tersebut untuk memudahkannya membawa kucingnya  berjalan ke mana-mana.

Kucing ini kepunyaan arwah bapa saudara yang meninggal dunia sebulan lalu. Disebabkan tak ada siapa nak jaga, saya ambil dan bawa balik ke Kuala Lumpur. Kalau biar, kesian pula dan memang tak sampai hati. Walaupun saya tak pernah pelihara kucing sebelum ini, tapi saya cuba juga.

Kebetulan sempena hari jadi mak mentua baru-baru ini, saya ke butik berjenama itu untuk membelikannya hadiah. Saya ternampak pula ‘dog carrier’ yang besar dan ia boleh memuatkan tiga kucing. Nak dijadikan cerita, ia hadiah dan rezeki untuk kucing ini. Apabila ada beg ini, mudah untuk saya membawa ketiga-tiga kucing ini. Tak ada niat pun nak menunjuk atau riak.

Kata Ifa lagi, sejak beliau membela kucing, rezekinya semakin murah dan tidak pernah putus. Jadi, apa salahnya untuk berbelanja sedikit demi kucing -kucing yang beliau  anggap seperti anaknya sendiri.

Sumber Berita  : Harian Metro

Kredit Video : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...