Biasanya kita dengar artis akan membeli beg tangan mewah untuk kegunaan mereka, tetapi lain pula buat selebriti Ifa Raziah yang sanggup berhabis ribuan ringgit membeli beg ‘dog carrier 50’ jenama Louis Vuitton buat tiga ekor kucing kesayangannya. Video beliau berbelanja di butik jenawa mewah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Jelas Ifa, beliau sedikit pun tiada niat untuk menunjuk, beliau membeli beg tersebut untuk memudahkannya membawa kucingnya berjalan ke mana-mana.
Kucing ini kepunyaan arwah bapa saudara yang meninggal dunia sebulan lalu. Disebabkan tak ada siapa nak jaga, saya ambil dan bawa balik ke Kuala Lumpur. Kalau biar, kesian pula dan memang tak sampai hati. Walaupun saya tak pernah pelihara kucing sebelum ini, tapi saya cuba juga.
Kebetulan sempena hari jadi mak mentua baru-baru ini, saya ke butik berjenama itu untuk membelikannya hadiah. Saya ternampak pula ‘dog carrier’ yang besar dan ia boleh memuatkan tiga kucing. Nak dijadikan cerita, ia hadiah dan rezeki untuk kucing ini. Apabila ada beg ini, mudah untuk saya membawa ketiga-tiga kucing ini. Tak ada niat pun nak menunjuk atau riak.
Kata Ifa lagi, sejak beliau membela kucing, rezekinya semakin murah dan tidak pernah putus. Jadi, apa salahnya untuk berbelanja sedikit demi kucing -kucing yang beliau anggap seperti anaknya sendiri.