Aduh. Hebat sungguh ujian yang melanda Ifa Raziah. Pentas akhir program Gegar Vaganza akan berlangsung pada 4 Januari 2015 ini, namun Ifa Raziah yang merupakan salah seorang pesertanya berkemungkinan besar tidak akan dapat beraksi kerana dijangkiti pneumonia. Untuk makluman, keseriusan jangkitan pada paru-paru Ifa Raziah agak serius sehingga terpaksa ditahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak.
Agak sedih juga sekiranya Ifa Raziah tidak beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza selepas berusaha keras melayakkan diri. Kata Ifa Raziah:-
Saya sudah hampir sebulan batuk tidak henti-henti dan lima kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun sehingga sekarang tidak baik. Semasa membuat rawatan, doktor memberitahu bahawa paru-paru saya mengembang kerana dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan secukupnya.
Dalam keadaan saya sekarang ini memang tidak boleh menyanyi langsung dan menjejaskan persiapan saya untuk beraksi di pentas final Gegar Vaganza. Sekarang pun saya tidak pasti sama ada boleh teruskan perjuangan di pentas akhir atau tidak dan perkara ini saya sudah maklumkan pada pihak Astro
Sama-samalah kita doakan agar Ifa Raziah segera sembuh dan dapat beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza. Pasti ramai yang kecewa sekiranya kelibat Ifa tidak kelihatan pada malam tersebut. Namun diharap Ifa Raziah tidak memaksa diri. Takut-takut makin serius kesakitan. Kalau tak larat, terus tarik diri. Kesihatan adalah segala-galanya. Sumber Mstar Online.