Ifa Raziah Akur Dengan Dugaan, Karnival Starvendors Dibatalkan Kerana PKP 3.0

Hiburan

Ifa Raziah Akur Dengan Dugaan, Karnival Starvendors Dibatalkan Kerana PKP 3.0

Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah memaklumkan karnival Starvendors Mega Raya Fest 2021 dibatalkan selepas diumumkan oleh kerajaan dimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan semula di Kuala Lumpur bermula 7 Mei.

Ifa akur dengan keadaan yang berlaku, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn.Bhd, beliau telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas pembatalan karnival tersebut.

Advertisement
ifa raziah

Ifa memohon maaf kepada pihak yang terlibat dalam karnival Starvendors kerana terpaksa dibatalkan selepas PKP 3.0 diumumkan oleh kerajaan.

Menurut Ifa juga, dia turut akan memulangkan semula bayaran yang telah dibuat oleh para vendor dan penyewa tapak.

Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24 April 2021 lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Karnival Starvendors Mega Raya Fest sepatutnya berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC) bermula 7 Mei sampai 9 Mei terpaksa dibatalkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...