Penyanyi dan pelakon Ifa Raziah memaklumkan karnival Starvendors Mega Raya Fest 2021 dibatalkan selepas diumumkan oleh kerajaan dimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan semula di Kuala Lumpur bermula 7 Mei.
Ifa akur dengan keadaan yang berlaku, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn.Bhd, beliau telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas pembatalan karnival tersebut.
Menurut Ifa juga, dia turut akan memulangkan semula bayaran yang telah dibuat oleh para vendor dan penyewa tapak.
Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24 April 2021 lalu.
View this post on Instagram
Karnival Starvendors Mega Raya Fest sepatutnya berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC) bermula 7 Mei sampai 9 Mei terpaksa dibatalkan.