“If You Dah Tak Ada Hati, Cakap Terus Dengan I Tak Payah Tipu-Tipu” – Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga?

Hiburan

“If You Dah Tak Ada Hati, Cakap Terus Dengan I Tak Payah Tipu-Tipu” –  Nad Zainal Beri ‘Hint’ Konflik Rumah Tangga?

Baru-baru ini, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita perpisahan Nad Zainal dan Muhammad Faliq selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga.

Pasangan yang dikurniakan dua anak itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut atau memberikan apa-apa komen tentang isu terbabit.

Advertisement

nad zainal cerai
2 years ago

"Kami Masih Berkawan Demi Anak" - 7 Tahun Bersama, Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

Bagaimanapun, ketika ditemu bual sewaktu majlis pratonton episod akhir drama Nad seperti memberi hint tentang situasi konflik yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.

Saya cakap terus dengan pasangan saya, if you dah tak ada hati then cakap terus dengan I. You tak payah tipu-tipu. I taknak tahu dari orang lain.”

Menerusi temu bual itu, Nad juga berkata dia seorang wanita yang tidak akan memujuk atau bergaduh sebaliknya berpisah saja jika ada masalah. Jelas Nad lagi, dia tidak suka perbesarkan isu kerana apa yang paling penting bagi pelakon ‘Takdir Yang Tertukis’ itu adalah kedua-dua anaknya.

Sementara itu, netizen yang menonton rakaman tersebut mendoakan urusan selebriti berbakat berkenaan selain ada yang memuji tindakannya berani kerana tidak menjadikan konflik atau masalah dihadapi mengganggu kehidupannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...