Iesya Toh Pecat Pengurus Kerana Hampir Dicabul, Bakal Bergelar Isteri Mei Ini

Hiburan

Iesya Toh Pecat Pengurus Kerana Hampir Dicabul, Bakal Bergelar Isteri Mei Ini

Nasib baiklah pengurus Iesya Toh yang dipecat kerana hampir mencabul ini adalah seorang wanita. Kalau lelaki, mahu lagi teruk balasan yang boleh dikenakan. Kesian juga sebenarnya dengan apa yang terjadi lebih-lebih lagi pengurus pengacara Selamat Pagi Malaysia ini sudah pun bekerja bersama Iesya Toh selama 10 tahun. Akan tetapi tindakan memecat itu memang amat wajar. Pencabulan walaupun sesama jantina memang tidak boleh diterima.

iesya toh

Advertisement

Iesya juga telah berkongsi satu berita baik iaitu dirinya bakal bergelar isteri pada bulan Mei ini. Molek benarlah tue. Tak silap, tahun ini Iesya sudah berusia 30 tahun. Kata Iesya Toh:-

Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu.

Si dia bekerja sebagai kontraktor dan berusia 35 tahun dan kami sudah merancang untuk terus bernikah pada Mei ini di Masjid Angkasapuri. Insya-Allah, majlis resepsi pula dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya.

iesya toh

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin Iesya akan menemui pengurus yang lebih baik selepas ini. Jutaan tahniah diucapkan atas rumahtangga yang bakal dibina. Semoga semuanya berjalan lancar. Amin. Sumber Harian Metro.

P.S: Gadis bercinta dengan bapa sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...