Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Ada 1 Juta Followers

Hiburan

Iedil Putra Kecewa Stesen TV Lokal Hanya Nak Pelakon Ada 1 Juta Followers

Pelakon Iedil Putra meluahkan rasa kecewanya terhadap kriteria yang diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran ternama tanah air yang dikatakan hanya ingin mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut lebih sejuta di platform Instagram.

Iedil Putra
2 years ago

"Hos Kena 'Stand-By' Dari Pagi Sampai Malam" - Iedil Putra Kongsi Pengalaman 14 Jam Mengacara

Advertisement

Menurut Iedil, syarat-syarat yang ditetapkan itu merupakan antara punca mengapa dia jarang membintangi drama atau filem di Malaysia.

Dari sebuah syarikat penyiaran ternama; Followers IG over 1 juta? Lambat lagilah aku nak dapat job di Malaysia ni.

Tambah Iedil, dia tidak menyangka yang kriteria seperti itu dicari oleh sesebuah syarikat penyiaran walaupun dia sudah lebih 20 tahun mengabdikan diri dalam industri hiburan tanah air.

Luahan tersebut dikongsikan Iedil menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik bersama sepotong foto di laman Twitter untuk tatapan peminat serta pengikutnya.

Menerusi ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa dukacita selain turut menyifatkan trend seperti itu hanya akan merugikan industri seni tanah air kerana mensia-siakan bakat yang dimiliki oleh pelakon-pelakon tersebut.

Iedil Putra

Sekadar info, Iedil juga merupakan antara pelakon yang aktif membintangi filem-filem di Indonesia seperti Toko Barang Mantan dan My Stupid Bos 2.

Terdahulu, Iedil atau nama sebenarnya Tengku Iedildzuhrie Putra Tengku Alaudin telah mendirikan rumah tangga bersama aktres Indonesia iaitu Prisia Nasution pada tahun 2016.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...