Pelakon Ieda Moin memutuskan untuk berhijab penuh selepas mengharungi beberapa insiden yang menggerakkan hatinya untuk menunaikan hasrat murni tersebut.
Selain diuji dengan kehilangan teman karibnya, Maya Matahari yang telah pergi menghadap Ilahi beberapa bulan lalu ekoran menghidap kanser sarcoma tahap empat, perkara itu sedikit sebanyak membuka mata Ieda untuk menurut perintah agama dalam berpakaian.
“Tarikh 18 Mac lalu menggerakkan hati saya. Banyak insiden terjadi seperti penularan COVID-19 dan pemergian arwah Maya yang membuatkan saya tersentak.”
Menurutnya, sebelum membuat keputusan menyarung hijab, Ieda akui beliau sering kali diganggu emosi tidak selesa ketika mahu memilih persalinan untuk dari keluar rumah.
“Serba-serbi tak selesa ketika memandang cermin. Orang tua saya pernah rasa pelik ketika saya berkunjung ke rumah mereka untuk berbuka puasa, Ramadan lalu.”
Bercakap berkenalan kerjaya lakonan selepas berhijab, Ieda menegaskan beliau langsung tidak risau kerana pihak produksi mengetahui bakat lakonannya.
“Saya nekad bertudung kerana sayangkan suami dan orang tua. Saya tak mahu mereka tanggung dosa diri ini jika tidak menutup aurat.”
Tambah Ieda, berkat doa ibu dan teman baiknya, Noorkhiriah merupakan pendorong utama dirinya tampil mengenakan hijab dan perlahan-lahan mahu kekal istiqamah.
Sumber: BH Online