Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Idris Khan Masih Enggan Beri Komen, Tak Mahu Keruhkan Keadaan

Walaupun Atikah Suhaime sudah tampil menafikan bahawa gambar bogel yang tersebar itu miliknya, namun Idris Khan masih mengambil pendekatan enggan memberikan sebarang komen. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menghadapi kontroversi. Mungkin berdiam diri adalah cara yang terbaik buat Idris Khas menangani kontroversi ini. Takut-takut bagi komen dan disalahtafsirkan sehingga boleh jadi kontroversi lain.

idris khan

Advertisement

Kata Idris Khan:-

Maaf saya tidak mahu komen. Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan, jadi saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan sekiranya ada kenyataan dari saya. Maaf kalau ada sebarang perkembangan saya akan maklumkan.

idris khan

Bagus juga berdiam diri dan tak memberikan sebarang komen. Masyarakat kita ini cepat lupa dan mudah memaafkan. Biarlah lama-lama nanti kontroversi ini pasti akan senyap begitu sahaja. Yang penting jangan sampai membunuh karier Idris Khan. Sedih juga nama baru nak naik tup-tup boleh hancur kerana kontroversi sebegini. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama