November 9th, 2017

Setelah dua tahun bercinta dengan seorang wanita dari Maghribi bernama Sanaa Jaffer, pelakon Idris Khan, 30, memberitahu bakal berkahwin dengan Sanaa bulan depan.

Bagaimanapun, Idris atau nama sebenarnya, Muhammad Idris Abdul Ghaffar Iskandar Khan tidak mendedahkan tarikh sebenar tarikh pernikahannya. Idris memberitahu BH Online:

InsyaAllah, kami akan melangkah ke jenjang pelamin bulan depan. Januari depan genap dua tahun saya mengenali Sanaa dan sepanjang mendekatinya, saya lihat dia memenuhi ciri yang saya cari sebagai suri hidup.

Saya selesa dengannya kerana Sanaa memahami apa yang saya lakukan. Tidak mudah untuk mereka yang berada di luar lingkungan dunia hiburan memahami insan seni, tetapi bakal isteri pula sebaliknya.

Dia sudah mula faham cara kerja saya, malah boleh membiasakan diri dengan persekitaran kerjaya yang tidak menentu masa. Saya berharap perancangan kami ke arah yang lebih baik itu akan dipermudahkan.

 

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Awal tahun ini, Idris ada menghebahkan hasratnya untuk mengahwini Sanaa yang kini berusia 25 tahun. Ujarnya, Sanaa bijak menyesuaikan diri kerana memang belajar di Malaysia malah dia boleh berbahasa Melayu. Idris juga sedang mengajarnya makan makanan rakyat Malaysia. Рbeautifulnara.com

 


Comments are closed.

Loading...