Identiti Wanita Bertudung Yang Viral Di Dalam Video Latihan Liverpool FC Akhirnya Diketahui

Trending

Identiti Wanita Bertudung Yang Viral Di Dalam Video Latihan Liverpool FC Akhirnya Diketahui

Viral sebelum ini video seorang wanita bertudung bawal membuat pemeriksaan ke atas pemain pertahanan Joe Gomez di dalam video latihan pasukan Liverpool FC yang dimuat naik di YouTube sekitar bulan Julai tahun lalu.

Advertisement

Sejak daripada itu , rata-rata netizen cuba untuk menjejaki identiti wanita berkenaan dan akhirnya segalanya sudah terungkai.

Siapa sangka, wanita berkenaan merupakan anak Malaysia, Aleah Mohammad yang sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini memulakan pengajiannya pada tahun 2015 dan menyertai pasukan perubatan Liverpool selepas salah seorang penyelia Profesor Dr. John Somauroo menawarkannya untuk melakukan ujian saringan kardiovaskular bagi skuad Reds.

Pada akhir tahun 2015, saya mula menjalankan kajian PhD saya berkaitan kardiovaskular untuk pasukan Liverpool Ladies.

Kemudian, salah seorang penyelia saya, Profesor Dr. John Somauroo yang juga merupakan Pakar Perunding Kardiologi untuk Persatuan Bola Sepak (FA) England dan Liverpool menawarkan saya untuk sama-sama terlibat melakukan ujian saringan kardiovaskular bagi kelab ini. Sejak itu, saya mula bersama melakukan ujian saringan untuk Liverpool.

Kata Aleah, beliau berhasrat untuk menabur bakti kepada arena sukan di Malaysia  apabila pulang ke tanah air pada penghujung tahun ini. Setiap ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang beliau ada akan dikongsikan dengan agensi sukan di Malaysia supaya polisi perubatan diperkemaskan dan dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.


Terdahulu, kehadiran Aleah di dalam video belakang tabir Liverpool FC itu  mendapat pujian rakyat Malaysia yang berbangga dengan pencapaian beliau terpilih untuk menyertai pasukan perubatan bagi kelab bola sepak terkenal antarabangsa.

Sumber Berita : Utusan Online & Malay Speaking Circle Liverpool

Kredit Video: YouTube Liverpool FC

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...