Identiti Sebenar Terbongkar, ‘Gadis’ Bermotosikal Ini Rupa-Rupanya Seorang Lelaki

Kehidupan

Identiti Sebenar Terbongkar, ‘Gadis’ Bermotosikal Ini Rupa-Rupanya Seorang Lelaki

Identiti seorang ‘gadis’ dalam dunia pemotoran telah terbongkar apabila satu stesen tv tempatan mendapati dia merupakan seorang lelaki yang berusia 50 tahun. Hal itu juga sekaligus mengejutkan ramai peminat dan penyokongnya.

Menerusi laporan Daily Star, pelumba Jepun yang dikenali sebagai @azusagakuyuki memiliki ramai peminat di media sosial kerana menampilkan gaya femininnya menunggang motosikal berkuasa tinggi serta menyertakan beberapa selfie bersama motornya.

Advertisement

Dengan memperlihatkan rupa paras yang cantik, rambut yang panjang dan memang memiliki ciri-ciri seorang wanita cantik ianya menarik perhatian orang ramai di media sosial. Kalau dah wanita cantik siapa je tak tertarik kan?

Namun, semuanya itu telah terbongkar apabila satu stesen tv di Jepun telah membongkar rahsia sebenar azusagakuyuki. Seorang kru program berkenaan mendedahkan identiti sebenar ‘gadis’ itu apabila dia membuka topi keledar dan memperlihat rupa parasnya yang merupakan lelaki separuh umur dengan rambut panjang keperangan.

Dia mengaku yang dia ‘memancing’ orang di media sosial dengan menggunakan aplikasi FaceApp dan PhotoShop untuk mengubah wajahnya lebih feminin seperti seorang gadis berbanding diri sebenar.

Sebelum ini dia ada memberitahu yang dia tidak mempunyai pengikut di Twitter kerana memuat naik gambar dirinya sendiri, lalu pengikutnya menjadi banyak setelah dia sering memuat naik gambar seorang gadis cantik.

Kini, dia telah memiliki lebih 17,000 pengikut di Twitter dan dia sedar dia lebih menarik perhatian dan pengikutnya jika dia tampil sebagai seorang wanita.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...