Setelah gambar-gambar seorang lelaki sado penjual tauhu menjadi viral di media sosial, peminatnya telah melakukan siasatan mengenai identiti sebenarnya.
Siasatan mereka mendapati lelaki yang menurut khabar angin merupakan anak lelaki kepada pemilik kedai tauhu itu bernama Yi Tin Chen. Selain menjual tauhu dan menyebabkan barisan panjang di kedai tauhu, dia juga bekerja sebagai model promosi, menurut profil Facebook miliknya.
Chen berusia 26 tahun dan merupakan bekas kapten pasukan bola keranjang di sekolah tingginya. Buat masa ini dia tinggal di Taipei. Netizen berspekulasi bahawa penjaja terkenal Taiwan itu hanya beraksi di kedai tersebut untuk publisiti, bagaimanapun agensi peragaan yang mewakili Chen menafikan perkara ini, menurut Mark’s Apple Daily.
Buat masa ini, Chen masih belum memberi sebarang kenyataan.
Man is least himself when he talks in his own person. Give him a mask, and he will tell you the truth – Oscar Wilde
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 22 June 2015