Identiti 4 Anggota TUDM Maut Didedahkan Polis

Trending

Identiti 4 Anggota TUDM Maut Didedahkan Polis

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Samarahan telah mengenal pasti identiti empat anggota TUDM yang terkorban.

3 years ago

4 Anggota TUDM Maut Dalam Kejadian Tembak

Advertisement

Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata anggota yang maut adalah Koperal Urada Ho Swee Boon dari Lundu, Koperal Udara Mohamad Ehsan Sehamat dari Asajaya, Laskar Udara Luk Nesly anak Nabau dari Sibu dan Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli dari Kuching.

Kejadian tembakan yang berlaku di kem TUDM Kota Samarahan pagi tadi ternyata mengejutkan apatah lagi apabila ia dilakukan anggota mereka sendiri.

Superintendan Sudirman berkata hasil siasatan mendapati suspek mengamuk dan masuk ke balai pengawal mengambil senjata api.

“Ketika itu penyelia bertugas adalah Koperal Julaihi. Turut berada di situ adalah Koperal Mohd Saiful Dania, Koperal Jas anak Munap, LU Hezerin Muhd dan LU Afiq Nazmi Rozaidi.”

Punca mengapa anggota berkenaan mangamuk dan sanggup melepaskan tembakan masih dalam siasatan. TUDM sebelum ini mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan kes selesai.

“Suspek sempat bertanya nak hidup atau mati. Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq cuba menenangkan suspek tetapi suspek melepaskan tembakan dan terkena perut Shariff. Mendengar bunyi tembakan, kesemua saksi bertempiaran lari menyelamatkan diri.” – Kata polis.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban dan semoga roh mereka ditempatkan bersama orang beriman. Al-Fatihah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...