Idea Tanam Pokok Harum Manis Diluar Perlis Tidak Dipersetujui.

Trending

Idea Tanam Pokok Harum Manis Diluar Perlis Tidak Dipersetujui.

Kerajaan negeri Perlis tidak bersetuju dengan cadangan supaya pokok mempelam Harumanis ditanam secara besar-besaran di negeri-negeri lain, kata anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ahmad Bakri Ali.

Advertisement

Beliau berkata cadangan itu ditolak kerana Harumanis merupakan hak eksklusif Perlis dan kebanyakan rakyat negeri ini menjana pendapatan dengan menanam pokok mempelam itu.

“Saya membantah kerana Harumanis merupakan satu-satunya hak eksklusif Perlis.

“Jika nak ditanam sepokok dua tidak mengapa tetapi menanamnya secara ladang untuk dikomersilkan, kita memang tidak bersetuju,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Medan GBBS Ulu Pauh, yang dibina dengan kos RM120,000, menempatkan 14 gerai usahawan buah-buahan tempatan.

Ahmad Bakri berkata demikian sebagai mengulas cadangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada Februari lepas supaya penanaman Harumanis diperluaskan ke negeri lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri melaksanakan banyak inisiatif supaya mempelam Harumanis menjadi satu daripada sumber ekonomi utama dalam kalangan rakyat Perlis.

“Permintaan yang tinggi dari seluruh negara membolehkan orang ramai mengunjungi Perlis semata-mata untuk menikmati kelazatan buah eksklusif kita…sudah tentu, sumber ekonomi kita juga turut meningkat sepanjang musim harumanis,” katanya.

Menurutnya walaupun ramai yang cuba menanam pokok Harumanis di luar Perlis, hasil buahnya tidak sebaik pokok yang ditanam di negeri ini.

Bagi mendapatkan hasil buah yang terbaik, pokok Harumanis memerlukan musim kemarau yang panjang sekurang-kurangnya dua bulan setengah selain daripada agen pendebungaan semulajadi iaitu sejenis kumbang dan lalat.

“Kumbang dan lalat ini hanya ada di Perlis memandangkan kitaran hidup serangga berkenaan berkait rapat dengan perubahan cuaca unik di Perlis yang tidak ada di negeri-negeri lain,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...