Industri fesyen muslimah adalah satu industri yang sedang giat berkembang di negara ini dan menjadi satu fenomena. Banyak syarikat perniagaan fesyen muslimah tumbuh bagai bertih jagung dipanaskan dalam ketuhar kerana menyedari potensi perniagaan dalam bidang ini. Turut menceburkan diri dalam bidang ini ialah Hanis Zalikha dengan perniagaan Shawl yang diberi nama Cakenisâ„¢ .
Baru-baru ini Cakenis telah memperkenalkan apa yang dikatakan oleh mereka satu inovasi pertama di Malaysia dalam fesyen Shawl muslimah iaitu shawl segera menggunakan cangkuk. Dengan cara ini, shawl boleh dipakai tanpa perlu disemat menggunakan pin, sebaliknya dicangkukkan saja.
Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram telah memberi komen di Instagram Cakenis mendakwa satu jenama lain telah mengeluarkan shawl cangkuk sejak 2014 iaitu Mirage Instant Pinless Shawl.
Ibu Hanis, Nani Rostam mendakwa tidak mengenali sesiapa yang membuat hijab cangkuk sebelum ini dan lambat memperkenalkan diri.
Namun begitu penguna Instagram itu mendakwa kelakar bagi Hanis Zalikha untuk mengatakan idea shawl cangkuk itu ilham dirinya kerana shawl seperti itu sudah wujud sejak 2014, dan meminta kajian dilakukan sebelum membuat pemasaran. Keseluruhan gosip dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Anda peminat muzik berirama RoCk?! Bagaimanakah agaknya jika lagu-kagu berirama rock digubah dlm susunan vokal koir?…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 11 November 2015

Namun begitu, ia dibalas oleh Nani dengan analogi sambal tumis.

Susulan dari itu, pemilik Mirage Instant Pinless Shawl telah memuat naik satu status mengenai perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Salam maghrib ladies!! Thank you mirage loversss..as we received lots of comment regarding our “hook” aka cangkuk. It’s ok ..think positive!!we only copy smart ppl during exam right? (Haippp..dosa k copy) But ahamdulillah..we are blessed! ??? Rezeki itu milik Allah swt. Great minds think alike. get your mirage at @nananovendors RASTA TTDI. Open untill 12 am. #nananovendors #nananovendorsrasta #instantshawl #instanthijab #hijab A photo posted by Mirage Instant Pinless Shawl (@mirag3_contemporary) on
Ia dikira sebagai satu status yang pintar dari pemilik Mirage yang menganggap dia ditiru kerana rekaanya itu bagus dan menyerahkan rezekinya kepada Allah SWT.
Isu tiru-meniru di kalangan syarikat fesyen tudung muslimah bukan perkara baru. Sebelum ini, Neelofar Hijab milik Neelofa juga dituduh oleh pemilik satu jenama tudung lain meniru rekaan tudung miliknya.
Seperti yang pernah kami katakan sebelum ini, agak sukar untuk mempertahankan rekaan fesyen dari ditiru jika ia tidak didaftar sebagai rekaan industrial. Menurut pendapat sesetengah orang juga tidak wujud originaliti dalam dunia fesyen, apatah lagi dalam rekaan tudung, kerana ramai pengeluar tudung mengambil idea bukan saja dari sesama sendiri, malah dari rekaan hijab pereka negara luar.
Anda keluarkan rekaan hari ini, minggu hadapan tidak mustahil rekaan yang sama muncul di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Hanya tanamkan keyakinan saja, pelanggan akan tetap membeli tudung yang memiliki kualiti terbaik berdasarkan bajet mereka. Apa pendapat anda? Sumber gosip Forum Cari