Idea Menarik Dari McDonalds Singapura Yang Patut Diikuti Di Malaysia

Trending

Idea Menarik Dari McDonalds Singapura Yang Patut Diikuti Di Malaysia

McDonalds di Singapura telah mengambil inisiatif yang menarik bagi memberi peluang kepada keluarga yang mengunjungi restoran itu untuk berinteraksi sesame ahli keluarga mereka dengan menyediakan almari kecil. Kenapa almari kecil ini disediakan?

Advertisement

Tujuan almari kecil ini disediakan adalah bertujuan untuk meletakkan telefon di dalamnya bagi mengelakkan dari ahli keluarga dari bermain dengan telefon ketika sedang menikmati hidangan bersama-sama. Berslogankan ‘PHONE OFF, FUN ON?’, pihak McDonalds di sana berharap agar lebih banyak keluarga yang dapat meluangkan masa berborak bersama ahli keluarga mereka.

Inisiatif seperti ini juga patut diikuti oleh pihak-pihak restoran di Malaysia kerana masalah bermain bersama telefon tidak kira masa adalah merupakan satu masalah sosial pada masa kini yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.