Pernah tak anda terfikir sesuatu kemudahan yang tak capai dek akal namun boleh membantu permudahkan pengguna ketika membeli barangan dapur atau membeli belah di pasar raya.
Mungkin idea dibawah ini boleh di aplikasikan di Malaysia. Tapi bila? Mungkin beberapa tahun yang akan datang?
1. Troli Papar Harga
Suka merancang dan mengehadkan perbelanjaan? Troli ini sesuai untuk anda. Kadangkala kita tak sedar pun sampai asyik berbelanja. Bila nak bayar barulah tersedar jumlah harga yang perlu dibayar. Kena agak-agak la nampaknya.
2. Bakul Bantuan
Terdapat sebuah pasaraya di Korea Selatan membuat pendekatan berbeza agar pengguna lebih selesa berbelanja. Tersedia dua jenis bakul, iaitu bakul yang menunjukkan anda perlu bantuan atau tidak. Tiadalah rasa annoying je kalau asyik diikut dari belakang kan?
3. Papar Tarikh Luput
Cara ini menyenangkan pengguna untuk mengetahui tempoh jangka hayat produk dengan lebih jelas. Pengguna pun boleh buat pilihan.
4. Kanta Pembesar
Warga emas kadangkala mengalami kesukaran membaca apa yang tertulis pada pek produk, sama ada harga, bahan-bahan atau jenama. Dengan adanya alat ini, ia memudahkan warga emas untuk membaca ketika membelek-belek produk.
5. Label Lokasi Produk
Label lorong membantu pengguna yang kadangkala tercari-cari dimata terletaknya sesuatu barangan. Kadangkala sebab kesuntukan masa, kita terpaksa redah semua lorong. Altenatifnya bila ada label macam ni, senang lah nak terus cari kat lorong mana.
6. Lampu Ikut Waktu
Rasa cerewet membayangkan bila mencuba pakaian mengikut waktu tertentu seperti siang, petang atau malam? Masalah ini boleh diselesaikan dengan beberapa mod lampu mengikut waktu. Lebih mudah membuat keputusan mengikut kesukaan. Kan?
7. Bag Bewarna Khas
Selepas dah balik shopping, kadangkala barangan yang diletakkan dalam plastik bag bercampur. Barang yang nak disimpan dalam peti sejuk beku dan yang tidak. Jadi kena asingkan pula. Penggunaan beg berwarna khas ini memudahkan kenal pasti barangan yang perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk atau tidak.
8. Eskalator Troli
Bila nak naik ke tingkat atas agak menjadi masalah ketika membawa troli. Terpaksa lah cari lif sebab kebanyakan pasaraya ada eskalator tapi tidak dibenarkan troli dibawa sekali. Kalau naik lif, nampak troli lain di dalamnya. Terpaksa tunggu lagi. Leceh dan membuang masa.