Baru-baru ini telah tular perniagaan nasi ayam oleh aktres Faye Kusairi yang dikatakan hampir setiap hari sold out hingga ada yang datang berkali-kali untuk membeli nasi ayam yang dijualnya itu.
Menurut Faye, gerai yang dibuka di Bukit Antarabangsa itu mula viral sejak dikongsikan oleh rakan artisnya, Azza Elite semasa kedainya itu baru rasmi beroperasi. Semenjak itu, nasi ayamnya menerima banyak sambutan dari penduduk setempat, peminat dan sahabat artis yang lain.
Ini kali pertama meniaga kan jadi rasa sangat seronok dan tak sangka selepas tular jualan habis cepat dan tempahan makin bertambah.
Idea untuk berniaga ni sebenarnya datang dari anak sulung saya.
View this post on Instagram
Ketika di wawancara sumber, Faye sempat menceritakan asal usul hajatnya untuk mula berniaga di bidang makanan. Hal tersebut bermula ketika dia mendapati tiada mana-mana kedai yang menjual nasi ayam di sekitar rumahnya yang boleh dibeli kerana itu merupakan makanan kegemaran anak sulungnya.
Dari situlah Fey memberanikan diri untuk menceburi bidang perniagaan nasi ayam yang terletak di tepi jalan sekitar Bukit Antarabangsa itu. Dirinya juga mengucapkan rasa syukur apabila jualannya terbeli setiap hari. Pada masa yang sama, Faye juga akui akan ada penambaikan di masa hadapan berhubung perniagaan kecilnya itu.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.