Idam Cahaya Mata Kedua Pada Tahun 2020, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tetap Teruskan Usaha Meskipun Sibuk

Hiburan

Idam Cahaya Mata Kedua Pada Tahun 2020, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tetap Teruskan Usaha Meskipun Sibuk

Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini tampak sibuk dengan pelancaran album keduanya berjudul ManifestaSITI2020, berkata akan tetap meneruskan usaha untuk memperoleh cahaya mata kedua pada tahun ini.

Sudah lama merancang Datuk Siti atau lebih mesra disapa sebagai Tokti berkata, dia tidak berhasrat untuk menangguhkan perkara tersebut memandangkan dia sudah cukup bersedia. Tambahnya lagi, faktor umur juga memainkan peranan dan juga tidak digalakkan untuk melambat-lambatkan usaha terbabit.

Advertisement

Ketika ditemui Harian Metro, Tokti juga memaklumkan mengenai usaha mendapatkan cahaya mata itu tetap akan diteruskan tidak kira menerusi kaedah rawatan ataupun secara normal.

“Bagi saya, kerja tetap perlu berjalan dan hal keluarga pun mesti diteruskan. Lagipun, saya bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh,”

Siti yang sebelum ini dilaporkan telah melakukan pembedahan kecil di sebuah perubatan swasta pada Februari lalu sebagai salah satu persediaan untuk hamil. Beliau dikatakan akan menggunakan kaedah persenyawaan secara ‘in-vitro’ (IVF) sama seperti ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.

View this post on Instagram

Alhamdullillah.. di awal PKP yang lalu saya & suami merasa tempias serta cabaran dalam perniagaan saya.. Namun Allah SWT Maha Hebat .. Setiap dugaan pasti ada hikmahnya ..Dengan semangat Suami beri kepada saya & team business saya , Kami dapat atasi dugaan ini sebaiknya.. malah jualan bagi beberapa produk luar dari jangkaan .. Subhanallah , Allah Swt bantu kami semua selagi kita berdoa, berusaha & ikhlas dalam mengharungi dugaan ini.. Sekarang semua team saya dalam semangat untuk terus kuat berjuang meningkatkan usaha mencapai kejayaan demi kejayaan kerana ini permulaan Norma Baru 2020 !! @officialsimplysiti @simplysiti.id @beausitiofficial @creacionbysitinurhaliza .. #kitajagakita #normabaru #pushyourself #bangunwanitasayang

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

View this post on Instagram

Aafiyah tetap!! ?

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

 Ditanyakan apakah harapan untuk percubaan mendapatkan zuriat kali ini, Tokti menyatakan hasrat untuk memiliki anak lelaki namun menyerahkan rezeki zuriat itu kepada Allah S.W.T

“Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula, lagipun dah ada perempuan. Tapi saya tetap berserah kepada Allah. Apa pun yang dikurniakan allah, saya bersyukur. Asalkan Allah izin saya hamil, saya terima saja sama ada anak lelaki atau perempuan,” – Datuk Siti Nurhaliza

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...