Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Idam Anak Perempuan, Izreen Azminda Mengaku Hamil Lagi, Tak Boleh Bau Minyak Masak

Izreen Azminda

Jika sebelum ini desas-desus mengenai Izreen Azminda yang didakwa hamil anak kedua, terbaru pelakon wanita itu sendiri telah tampil mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga dan usia kandungannya sudah mencecah empat bulan.

Menurut Izreen, atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam,36, dia hanya menyedari dirinya sedang berbadan dua ketika kandungan memasuki bulan ke dua.

Dia dalam pada itu turut berkongsi pengalamannya kali ini iaitu alahan yang agak teruk seperti tidak boleh bau minyak masak dan juga tidak mahu menjadi penumpang dalam kereta selain memandu sendiri.

Izreen juga menjelaskan bahawa dia sangat aktif mengemas dan menghias rumah agar sentiasa tampak kemas dan bersih.

Advertisement

Sudah memiliki dua orang anak lelaki, Izreen berkata bahawa dia ada mengimpikan untuk dikurniakan cahaya mata perempuan namun hanya berserah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa, yang penting biarlah anak itu nanti sihat dan selamat dilahirkan. Saya tak mahu terlalu berharap (untuk dapat anak perempuan) takut nanti saya akan kecewa, jadi saya hanya berserah sahaja pada rezeki Allah beri.”

Terdahulu, Izreen telah mendirikan rumah tangga bersama pemuzik terkenal, Ude Wahid pada 8 Ogos 2017 secara rahsia dalam sebuah majlis tertutup di Damansara, Selangor.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun. Izreen juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia 8 tahun.

Manakala Ude juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinannya bersama bekas isteri, Intan Liana iaitu Arish Muqri,5, dan Ariq Muqri, 3 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    April 5, 2021 at 8:36 am

    kalau perempuan habislah rumahtangga orang bapa campur emaknya punya perangai.
    habis roboh masjid orang di sondol, macam peliharan bapanya.
    nanti nenek atuknya boleh sembunyi2 lagi bagi kawin.
    neneknya jadi bibik jaga cicit pula. sebab emak dan bapanya retis main musik dan berlakon

  2. Elliza Razak

    April 4, 2021 at 10:20 pm

    BETINA JALANG INI LAGI

  3. Anonymous

    April 4, 2021 at 6:57 am

    ingat lagi anak je 2 ude comel yg emaknya dibuang ude tu. sekarang anak dayus dan peroboh masjid ikut fesyen demok.

    jaga2 balasan kepada anak2 kawin senbunyi.

    nanti emak izreen jadi bibik lagi jaga cucu2 hasil extended sampai roboh masjid orang bangga mereka dengan kejayaan ude dan izreen

Loading...
To Top