Written by AbangNara | November 24th, 2009

ida nerina dan suami

Sedih tapi itulah kenyataan. Dalam perhubungan kadang-kadang ada yang tidak kena. Bukan hati membenci cuma mungkin ada perkara yang tak dapat dielakkan. Akhirnya penceraian jugak menjadi penyelesaian. (Aceh macam tengah karang novel la plak).

Kesian kami kat Ida Nerina dan suaminya, Sha’arin yang kini sedang dalam proses penceraian. Sudah 2 bulan lebih tak tinggal bersama. Nasib baik si suami memahami dan biarkan Ida Nerina tinggal di rumah diorang. Kalau tak susah jugak tue Ida nak mencari rumah sewa.

Tapi kami respek kat suami dia sebab tak tunduk dengan tekanan daripada wartawan-wartawan yang mahu tahu punca sebenar penceraian diorang. Itu rahsia rumah tangga la beb. Takkan nak bagitau. Simpan sendiri-sendiri la. Kalau bagitau compem bukak pekung di dada sendiri. Tak gitu?

Apa-apa pun moga Ida Nerina dapat datang ke mahkamah untuk cepat selesaikan kes penceraian diorang. Lagi cepat lagi bagus. Tak payah tangguh-tangguh. Nanti lagi terseksa jiwa raga.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.