Isu mengenai Facebook sudah berakhir, nampaknya pada hari ini giliran Apple pula yang sistem terputus. Syarikat Apple melaporkan isu ini menganggu penggunaan ICloud berlarutan sehingga 3.28 petang.
Apa-apapun Apple tidak memberi butiran terperinci berkaitan isu ini, cuma memberi kesan kepada segelintir pengguna dan berkemungkinan mereka tidak dapat mengakses perhidmatan ini.
Terkesan daripada itu, penggunaan ICloud, Backup, Kalendar, Kenalan (Contact), Mail, Notes, Reminders, Find My Iphone dan banyak lagi akan terjejas disebabkan isu ini.
ICloud adalah isu ketiga utama dalam masa beberapa hari ini sahaja berikutan isu Gmail dan Google Drive lebih awal seminggu dan diikuti dengan gangguan Facebook, Whatsapp dan Instagram secara meluas atas sebab perubahan konfigurasi.
Sumber: theverge