iBubble merupakan gadget yang bergerak sendiri di dalam air untuk merakam video. Dilengkapi slot untuk kamera GoPro, iBubble akan bergerak sendiri di dalam air dan merakam segala aktiviti yang dilakukan tanpa memerlukan penyelam untuk memegangnya. Penyelam boleh mengawal drone ini menggunakan alat kawalan di tangan yang membolehkan penyelam memanggil ia datang serta mengawal sudut yang ingin dirakam. Mempunyai sistem yang sama digunakan oleh drone yang harga beriban, contohnya camera stabilization system, slot lens yang luas seperti Domeport dan 2 x 1000 lampu lumen untuk meningkatkan kualiti imej yang hanya mampu dihasilkan oleh jurugambar professional setakat ini. Ia juga mampu menyelam sedalam 60 meter, hayat bateri 1 jam dan mampu mengikut penyelam sehingga 25 meter.
Anda boleh pra tempah iBubble ini di IndieGoGo pada harga USD1300.