Ibubapa Dinasihat Untuk Fikir Panjang Bawa Anak Belum Divaksin Makan Di Kedai

Kehidupan

Ibubapa Dinasihat Untuk Fikir Panjang Bawa Anak Belum Divaksin Makan Di Kedai

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran untuk individu yang sudah lengkap menerima vaksin.

Salah satu kelonggaran yang diberikan ialah kebenaran untuk makan di kedai atau dine-in di negeri yang sudah memasuki fasa kedua.

Advertisement

4 bulan lalu

PM Perhalusi Kemudahan Individu Lengkap Dos Vaksin

Walaupun kebenaran untuk makan di kedai sudah diberikan, namun orang ramai perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dengan penularan wabak berbahaya ini.

Hal ini demikian kerana varian Delta sudah dikenalpasti dan dipercayai ianya lebih mengganas daripada kebiasaannya.

Seorang pengguna Twitter juga ada memuat naik satu hantaran dimana, dia berpesan kepada mana-mana ibubapa yang berniat untuk makan di kedai bersama anak-anak supaya tangguhkan dahulu niat tersebut.

Advertisement

Lengkap divaksin tidak semestinya virus tidak merebak

Pemberian vaksin merupakan salah satu usaha yang dilakukan demi melindungi diri daripada terkena jangkitan wabak.

ibubapa bawa anak makan di kedai

Namun, perlu diingat individu itu sendiri juga perlu memainkan peranan yang penting dengan sentiasa menjaga kebersihan dan mengelakkan diri daripada pergi ke tempat yang sesak.

Selain makan di kedai, kelonggaran lain yang turut diberikan ialah kebenaran untuk aktiviti solat di surau atau masjid.

ibubapa bawa anak makan di kedai

Advertisement

Semua individu perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada mereka yang belum divaksin.

Warganet bersetuju supaya ibubapa tidak membawa anak-anak belum divaksin dine-in di kedai

Rata-rata warganet bersetuju kerana jangkitan Covid-19 memang berbahaya kepada semua individu termasuklah kanak-kanak.

Wabak Covid-19 memang sangat berbahaya tidak kira kepada sesiapa pun. Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada individu yang sudah lengkap divaksin, sebaiknya orang ramai perlu berfikir panjang demi keselamatan orang tersayang.

Pendapat anda ? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...