Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran untuk individu yang sudah lengkap menerima vaksin.
Salah satu kelonggaran yang diberikan ialah kebenaran untuk makan di kedai atau dine-in di negeri yang sudah memasuki fasa kedua.
Walaupun kebenaran untuk makan di kedai sudah diberikan, namun orang ramai perlulah mengambil langkah berjaga-jaga dengan penularan wabak berbahaya ini.
Hal ini demikian kerana varian Delta sudah dikenalpasti dan dipercayai ianya lebih mengganas daripada kebiasaannya.
Seorang pengguna Twitter juga ada memuat naik satu hantaran dimana, dia berpesan kepada mana-mana ibubapa yang berniat untuk makan di kedai bersama anak-anak supaya tangguhkan dahulu niat tersebut.
Dear parents, just in case you thought it was a good idea to go dine-in / go out with your unvaccinated kid, I hope you think twice. Kau dah dapat dua dose, good. Those below 18 belum vaccinated. Jangan risk it. Refer to attached tweet. https://t.co/ncUpV3zKJ6
— Farhan ? (@lamkanahraf) August 8, 2021
Lengkap divaksin tidak semestinya virus tidak merebak
Pemberian vaksin merupakan salah satu usaha yang dilakukan demi melindungi diri daripada terkena jangkitan wabak.
Namun, perlu diingat individu itu sendiri juga perlu memainkan peranan yang penting dengan sentiasa menjaga kebersihan dan mengelakkan diri daripada pergi ke tempat yang sesak.
Selain makan di kedai, kelonggaran lain yang turut diberikan ialah kebenaran untuk aktiviti solat di surau atau masjid.
Semua individu perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada mereka yang belum divaksin.
Warganet bersetuju supaya ibubapa tidak membawa anak-anak belum divaksin dine-in di kedai
Rata-rata warganet bersetuju kerana jangkitan Covid-19 memang berbahaya kepada semua individu termasuklah kanak-kanak.
YES. Pls don't. It is NOT WORTH THE RISK. AT ALL. https://t.co/zhWzyLytbz
— B (@bessythemessy) August 9, 2021
Agreed…. 2 doses or not..as long as the whole family not yet fully vaccinated… kita duduk rumah saja… hope there r news on vaccination for kids below 12yo… https://t.co/pRjWYxcIrV
— AlifBurn (@alif_burn) August 9, 2021
Ibubapa jgn terkejar2 nak dine-in, sayanglah anak2. https://t.co/qslj1UiBXp
— harum kasturi (@cahyaseridahlia) August 8, 2021
Wabak Covid-19 memang sangat berbahaya tidak kira kepada sesiapa pun. Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada individu yang sudah lengkap divaksin, sebaiknya orang ramai perlu berfikir panjang demi keselamatan orang tersayang.
Pendapat anda ? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara