Melalui laporan Sinar Harian, Ismarina Abdul Manaf iaitu ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan memberitahu kepada Mahkamah Sesyen pada Selasa bahawa dirinya telah dipaksa untuk mengaku membunuh anak sendiri sewaktu permohonan reman di hadapan seorang majistret, Jun tahun lalu.
Difahamkan, Ismarina memaklumkan hal tersebut sewaktu memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan bela diri atas kes pengabaian dengan cara yang mungkin mencederakan anak kecil autistik itu hingga meragut nyawanya.
Sewaktu disoal oleh peguam, Haresh Mahadevan, wanita berusia 30 tahun itu meluahkan rasa ketidakadilan itu kepada pihak majistret.
Saya beritahu, yang saya tidak rela untuk dibawa berjumpa dengan majistret kerana telah dipaksa dan digertak. Saya disoal siasat selama 12 hari di rumah itu sementara sehari lagi saya disiasat di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bahagian cawangan khas.
Katanya lagi, dia disiasat dari jam 9 pagi hingga 6 petang oleh anggota atau pegawai yang sama dan dituduh tidak memberi kerjasama baik kepada pihak polis biarpun ditekan sewaktu soal siasat.