December 18th, 2015

Sebelum ini Zainol MacWilson mengakui sudah sah bercerai dengan isterinya Maslinda Yusof pada 9 November lepas.

Walaubagaimanapun beliau tidak pernah memberitahu mengapa mereka berpisah sedangkan sebelum ini mereka boleh dikatakan mempunyai satu keluarga yang bahagia menerusi foto-foto yang dimuat naik di Instagram.

Terbaru,  Maslinda menerusi akaun Instagram miliknya mendedahkan punca sebenar perkahwinan yang beliau bina bersama Zainol selama 22 tahun musnah adalah disebabkan hubungan sulit bekas suaminya bersama seorang ustazah.

Maslinda turut memuat naik foto perbualan Zainol bersama ustazah berkenaan sebagai bukti mereka mempunyai hubungan.

Askm semua. Ini lah agaknya contoh syaitan bertopengkan manusia. Seorang suri rumahtangga, isteri juga ibu kepada 2 org anak. Juga seorang ustazah yg selayaknya dihormati tetapi sebaliknya bagi ustazah yg saya maksudkan ini, melayan suami orang sehingga rumahtangga saya yg dibina 22thn lalu hancur berkecai. Saya tdk meletakkan 100% kesalahan kpd ustazah ni saja sebab saya tahu bekas suami saya pun gatal orgnya tapi saya x sangka dan x faham perempuan yg bergelar USTAZAH yg mengajar kita ke jalan ALLAH boleh berperangai begini.

Lebih dasyat lagi, Maslinda turut menjelaskan  wanita berkenaan dalam usaha memporak-perandakan percintaan anak mereka iaitu Zahirah dengan  Zul Ariffin.

Saya sudah tahu lama hubungan mereka tapi saya hanya mendiamkan diri dan x ckp apa2. Ustazah ni, sebelum kami bercerai berjanji dan bersumpah, menangis, merayu pada saya yg dia tidak akan berhubungan lg dgn bekas suami saya tapi hari ni saya dapat tahu yg mereka masih lg berhubungan. Apa yang membuatkan saya sgt marah ialah saya di tipu sekali lagi, sdh berjanji tetapi dimungkiri dan sekarang dia cuba menabur fitnah hantar gambar/message pada bapak Zahirah (bf) tanpa selidik dulu. Kenapa nak jadi batu api? Cuba nak porak perandakan hubungan anak saya Zahirah pulak.

Ustazah jenis apa ni?? X payah lah nak buat macam tu, kalau betul lah org tu jahat ALLAH ada. Satu hari nanti ALLAH sendiri akan tunjukkan seperti mana ALLAH tunjukkan pada saya hubungan sulit antara awak dan bekas suami saya ketika itu masih lagi suami saya. Kalau diorang nak buat jahat pun atleast diorang to single bukan bini ataupun laki org.

Sudah2 lah tu buat dosa, awak ckp dgn saya awak dah bertaubat, x malu ke? Suami awak sibuk berkerja cari nafkah, isteri kat rumah buat benda yg bukan2. Walaupun saya kelihatan seperti saya skrg x bertudung ..rasanya saya masih tau hukum utk tdk menganggu rmhtgga org lain dan menabur fitnah kpd sesiapa pun. Oh ya..skrg ni Zainol dah single..kalau nak ambillah! Semoga semua terhibur membaca whatsapp message antara Uztazah dan bekas suami saya.

Buat masa ini  pihak media gagal untuk menghubungi Zainol MacWilson untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar.  Zahirah pula enggan memberikan sebarang komen lanjut mengenai perkara berkenaan kerana mengaggap ia hal peribadi keluarganya.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...