Ibu Tunggal Umur 24 Tahun Dikritik Wajah Macam 45 Tahun

Trending

Ibu Tunggal Umur 24 Tahun Dikritik Wajah Macam 45 Tahun

“24 tahun tapi wajah 45 tahun”, itulah komen netizen yang selalu diterima Nurul Ilyana Zulhuda yang juga merupakan seorang usahawan muda dan memiliki butik dan spa.

Sebelum ini tersebar satu video TikTok dengan komen tersebut dengan lebih 400,000 tontonan selepas pengikutnya selalu membandingkan wajahnya yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya yang baru berusia 24 tahun.

Advertisement

Nurul Ilyana kemudian berkongsi cerita bersama mStar yang juga merupakan seorang ibu tunggal dengan seorang cahaya mata lelaki berusia 4 tahun.

 

@ilyanazulhuda1Balas kepada @alongkhai09 alaaaa ????

? bunyi asal – Ilyana Zulhuda

Advertisement

“Saya sebenarnya baru berjinak-jinak menggunakan TikTok untuk tujuan marketing bisnes butik dan spa saya. Baru saja beberapa bulan buka, itu pun rakan yang ajarkan”.

“Tiba-tiba dapat komen yang tiada kena mengena. Pada mulanya saya sangka mereka nak komen mengenai status, tapi lain pula yang mereka bangkitkan. Ada kata saya ‘cucuk’ wajah”. – Ujarnya kepada mStar.

Ilyana juga mengakui yang dia sudah biasa dengan tanggapan orang termasuk pelanggannya sendiri yang menyangka dia 30an. Apapun, Ilyana terima dengan hati terbuka dan selesa dengan penampilannya sekarang.

 

@ilyanazulhuda1Musim PKP ni bakal suami pun boleh cari kat Shopee . Mana tahu kot dapat free postage ??

? bunyi asal – Ilyana Zulhuda

Advertisement

Siapa yang mengikuti Ilyana bolehlah sokong perniagaan dia. Bagus juga Ilyana guna penampilan yang lebih matang untuk memastikan perniagaannya berjaya. Orang muda kena ambil peluang yang ada!

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...