Ibu Tunggal Pandu Motor Sejauh 1400km Untuk Membawa Pulang Anak Semasa ‘Lockdown’ Di India

COVID-19

Ibu Tunggal Pandu Motor Sejauh 1400km Untuk Membawa Pulang Anak Semasa ‘Lockdown’ Di India

Keputusan Perdana Menteri India, Narendra Modi mengumumkan perintah ‘lockdown’ pada 25 Mac lalu menyebabkan ribuan rakyat India terperangkap di bandar New Delhi. Perintah ‘lockdown’ yang diumumkan dalam masa yang singkat itu telah menyebabkan ramai yang kehilangan kerja mereka dan hilang mata pencarian.

Baca: Keputusan Terburu-Buru Perdana Menteri Umumkan ‘Lockdown’ Cetuskan Panik Dalam Masyarakat Miskin Di India

Advertisement

Demi membawa pulang anaknya, seorang ibu tunggal berusia 50 tahun dari Telangana sanggup meredah sejauh 1400km dengan motorsikalnya seorang diri. Anaknya, Mohammed Nizamuddin yang berusia 17 tahun terperangkap di rumah kawannya di Nellore semasa perintah ‘lockdown’ itu diumumkan.

Dia yang melawat ayah rakannya yang sedang sakit di Nellore tidak dapat pulang ke rumahnya dan terpaksa berada di bandar itu selepas pengumuman mengejutkan Perdana Menteri. Razia Begum yang merupakan seorang guru besar sekolah milik kerajaan, Bodhan Mandal Parishad Territorial Constituency School memulakan perjalanannya dengan menaiki motorsikalnya.

Wanita itu memulakan perjalanannya pada pagi Isnin dan tiba di Nellore pada waktu tengahari keesokan harinya. Sebaik sahaja mendengar tentang perintah ‘lockdown’ itu, dia telah berjumpa dengan ACP Jaipal Reddy untuk mendapatkan kebenaran pergi ke sana.

Saya tidak dapat menyewa kereta kerana tidak ada yang berminat dan selain itu, kalau saya membawa kereta, kemungkinan saya tidak dapat melepasi pihak polis di lebuh raya. Saya fikir hanya dengan menaiki skuter ini sahaja saya dapat meyakinkan polis supaya saya dapat melakukan perjalanan.

Ibu tunggal itu juga hanya akan berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak sahaja dan berhenti di beberapa ‘checkpoint’ polis di Telangana dan Andhra Pradesh yang akan membantunya berteduh. Dia juga bersiap sedia membawa sedikit makanan seperti roti dan Sabzi (makanan masyarakat India) di dalam beg nya.

india lockdown

Perjalanan yang memakan masa lebih 24 jam itu membuahkan hasil apabila dia akhirnya dapat berjumpa dan membawa anaknya pulang. Mereka kemudiannya tiba di rumah pada petang hari Rabu selepas berjaya mengharungi perjalanan sukar itu dengan hanya motor sebagai pengangkutan utama.

Kisah perjalanan ibu tunggal ini menyentuh hati ramai pihak selepas ianya dikongsikan oleh media tempatan. Demi menyelamatkan anaknya itu, ibu tunggal ini sanggup meredah perjalanan yang jauh tanpa memikirkan risiko bahaya yang mungkin akan berlaku padanya.

Artikel berkaitan: Pemuda Balik Kampung Berjalan Kaki Selama 3 Hari, Bimbang Orang Lain Mendapat Jangkitan COVID-19

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...