Ibu Tunggal ‘Longlai’ Terima Hukuman Mati Bersalah Edar Dadah

Trending

Ibu Tunggal ‘Longlai’ Terima Hukuman Mati Bersalah Edar Dadah

Di TikTok, tular rakaman video memaparkan seorang wanita ‘longlai’ dan meraung saat keluar daripada pintu mahkamah.

Warga asing edar dadah
3 years ago

Warga Asing Edar Dadah & Cuba Langgar Anggota Polis Ditahan

Advertisement

Berdasarkan rakaman video, wanita berkenaan dikatakan menerima hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah tiga tahun lalu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata daripada pengguna TikTok meluahkan rasa hiba melihat wanita yang merupakan ibu tunggal kepada sembilan anak itu dalam keadaan lemah sambil ditenangkan pegawai pengiring.

Mereka berharap kes ini dijadikan pengajaran kepada masyarakat. Mereka percaya mesti ada sebab tersendiri mengapa ibu tunggal itu sanggup melakukan kerja sedemikian.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan seorang ibu tunggal kepada sembilan orang anak dijatuhi hukuman mati mandatori di Mahkamah Tinggi Tawau selepas didapati bersalah memiliki dan mengedar dadah jenis syabu seberat 113.9 gram.

Hakim Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...