Ibu Tunggal 46 Tahun Diperkosa Anak Saudara Sendiri Dan Rakannya

Trending

Ibu Tunggal 46 Tahun Diperkosa Anak Saudara Sendiri Dan Rakannya

Malang bagi seorang ibu tunggal 46 tahun apabila dia diperkosa anak saudara yang sudah dianggap seperti anak sendiri di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

 photo _48463344_48463345.jpg

Gambar hiasan.

Mangsa yang dikenali sebagai Siti bekerja sebagai seorang pembantu am. Setelah kematian suami dua tahun lepas, dia tinggal dengan anak saudaranya itu yang berusia 22 tahun dan tidak menyangka pemuda yang dipelihara seperti anak sendiri itu akan melakukan perbuatan sedemikian.

Advertisement

Bagaimanapun, minggu lalu, saya menemui klip video lucah dalam telefon bimbitnya dan apabila ditegur dia marah kepada saya sebelum hanya mendiamkan diri selepas itu.

Kelmarin, ketika kami berdua sedang menonton televisyen di rumah,  dia yang baru pulang selepas melepak bersama rakan-rakannya tiba-tiba meminta maaf dengan saya atas kelakuannya tempoh hari sebelum membawa air minuman berkarbonat untuk saya.

Setelah meminum air yang diberi anak saudaranya dia merasa pening sebelum tidak sedarkan diri. Selepas beberapa jam dia tersedar dan mendapati dirinya berada di sebuah rumah lain, sedang tidur bersama anak saudaranya dan seorang kawan lelakinya.

Ketika itu, baru saya sedar menjadi mangsa nafsu buas kedua-dua lelaki itu dan apabila saya memarahinya, dia menunjukkan gambar bogel saya yang dirakam ketika saya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia turut mengugut saya supaya melayan nafsunya lagi jika tidak mahu dicederakan dan bimbang dengan keselamatan diri, saya membuat aduan di Balai Polis Salak Selatan.

Laporan asal: MyMetro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...