Pernikahan Shila Amzah dan tunangnya, Ubai bakal berlangsung esok dan ibu penyanyi itu tidak lepaskan peluang untuk titip nasihat buat bakal menantunya.
Menerusi Instagram, Datin Fauziah atau mesra dipanggil Mamazie menasihati Ubai agar berkata kehidupannya selepas ini tidak sama seperti ketika bujang.
View this post on Instagram
Suami isteri perlulah berkongsi segala-segalanya dan harungi segala ujian bersama dengan sabar dan bertenang ketika membuat keputusan.
Jangan mudah berkeras dengan pendapat sendiri, banyakkan berbincang.”
Selain nasihat Mamazie, komen daripada adik Shila, Syada Amzah yang membuat penambahan itu turut meraih perhatian warganet.
Perbanyakkan ibadah, bersedekah, membimbing each other to syurga kelak.”
Semoga majlis yang sudah dirancang dengan rapi oleh Shila, Ubai dan keluarga berjalan dengan lancar dan dipermudah esok.