April 7th, 2015

Sekitar minggu lepas, Nedim Nazri yang merupakan kekasih kepada Nora Danish telah meluahkan pendapatnya serta kritikan terhadap golongan wanita terdesak yang tetap mahu menggunakan gelaran Datin Seri meskipun tidak memegang status sebagai isteri pertama.

Tidak menyatakan kritikan itu ditujukan kepada sesiapa, peminat mula  membuat spekulasi dan mempercayai ia berkaitan dengan ibu tirinya Haflin yang turut menggelarkan dirinya Datin Seri.

Merasa bengang dengan isu tersebut, Datin Seri Haflin mendedahkan ibu kepada Nedim sudah bercerai selama 26 tahun lamanya meskipun tidak diwar-warkan kepada umum. Malah, pendedahan yang dilakukan oleh beliau merupakan permintaan suami beliau agar perkara ini tidak lagi mencetuskan kekeliruan.

Jika timbul rasa tidak puas hati terhadap ibu tirinya, tidak perlulah mengkritik sehingga menimbulkan kontroversi. Tidak perlu tunjuk kepada masyarakat yang sesebuah keluarga itu menghadapi masalah dalaman. Orang akan mengutuk keperibadian ayah Nedim Nazri sebagai pemimpin disegani tetapi tidak boleh menyelesaikan konflik keluarga.

Sumber Berita: Instagram Datin Seri Haflin

 


Comments are closed.

Loading...