Demi menjaga ibunya yang sakit, gadis berusia 16 tahun ini sanggup melupakan hasrat untuk kembali ke sekolah kerana perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit sejak tiga bulan lagi.
Memetik laporan Harian Metro, Ain Nayuni Azian, 16, memberitahu, dia terpaksa menjaga ibunya, Norli Mohd Adnan, 37, yang menghidap penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) sejak 12 tahun lalu.
Menurut Ain, keadaan ibunya menjadi lebih teruk sejak tiga bulan lalu sehingga terpaksa berkorban untuk menjaga ibunya.
Tambahnya, dia sahaja yang boleh diharapkan menjaga ibu yang terlantar dan memerlukan perhatian sepenuhnya untuk menukar lampin pakai buang dan memberi susu.
Dia juga berkata ibunya memerlukan penjagaan rapi kerana dia tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.
Sebelum ini, gadis itu menerima kunjungan Ketua Puteri Umno Gua Musang Norfadzlete Aryani Mat Rosli yang datang melawat di Hospital Gua Musang.
Ain Nayuni memberitahu ibunya bergantung kepada susu yang diberikan melalui wayar selain lampin yang perlu ditukar tiga atau empat kali sehari.
Difahamkan, kos tanggungan bagi ibu gadis berikut dalam lingkungan RM500 sebulan dan itu tidak termasuk keperluan seluruh keluarga.