Ibu Terkejut Lihat Makanan Yang Dihidangkan Di Taska Hanyalah Nasi, Kicap Dan Telur Dadar Sahaja

Trending

Ibu Terkejut Lihat Makanan Yang Dihidangkan Di Taska Hanyalah Nasi, Kicap Dan Telur Dadar Sahaja

Setiap ibu bapa mesti nakkan yang terbaik anak-anak mereka terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil. Bagi ibu bapa yang bekerja pasti memilih untuk menghantar anak-anak ke pusat asuhan untuk mendapat penjagaan yang lebih baik. Barulah ibu bapa tak perlu bimbang soal makan minum anak-anak apabila ditinggalkan.

Tetapi yuran bulanan yang dibayar tidak menjanjikan pulangan yang baik pada anak-anak apabila ibu ini mendapati makanan yang dihidangkan hanyalah nasi, telur dan kicap sahaja. Semuanya selepas anaknya sendiri mengadu kerap disajikan dengan hidangan itu di taska.

Advertisement

Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap n telur dadar.. Tapi saya tak endahkan sebab ingat kan kadang-kadang sahaja. Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan.

Sebaik sahaja dia tiba di taska tersebut, dia terkejut melihat makanan yang dihidangkan untuk anak-anak di taska itu hanyalah nasi, kicap, dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh enam orang anak. Makanan itu turut dihidangkan di dalam dulang untuk dikongsi bersama.

“Macam bagi kucing makan”

Rata-rata netizen turut tidak berpuas hati dengan makanan yang diberikan itu kerana sangat tidak berpatutan dengan yuran bulanan yang dibayar. Malah, ada yang berkata hidangan itu seolah-olah ingin diberikan kepada kucing dan bukannya untuk anak-anak kecil.

Buat masa ini, ibu ini masih menunggu penjelasan daripada pihak tadika berkenaan isu ini. Walaupun lokasi tadika ini tidak didedahkan, orang ramai menasihatkan ibu bapa yang lain untuk sentiasa peka dengan hal ini dan bertanyakan kepada anak-anak untuk kepastian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...