Ibu Terkejut Anak Kentut Berirama Ketika Sedang Baca Tahlil

Trending

Ibu Terkejut Anak Kentut Berirama Ketika Sedang Baca Tahlil

Seperti yang kita tahu, sekarang ini sudah banyak aktiviti yang telah dibenarkan oleh kerajaan sejak semua negeri di Malaysia sudah masuk ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Namun, kebenaran untuk melakukan aktivtiti serta kelonggaran tersebut perlulah dilakukan tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, kita dapat lihat ramai individu yang sudah mula keluar untuk melakukan aktiviti outdoor seperti mendaki bukit serta mandi sungai dan air terjun. Premis makanan seperti restoran juga dilihat sudah kembali membenarkan pelanggan untuk dine-in.

Advertisement

3 bulan lalu

Tukang Masak Wanita Jadi Penggali Kubur Mangsa Covid-19

Kelonggaran untuk melakukan aktiviti tersebut juga turut membenarkan aktiviti menziarahi tanah perkuburan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Jadi, ramai juga individu serta keluarga yang tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian.

Anak kentut ketika tahlil, spoil mood ibu yang tengah sedih

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @kait_bymai yang memaparkan seorang anak bersama ibu dan ahli keluarganya ketika menziarahi pusara arwah bapanya.

@kait_bymaiPagi2 perut meragam biasa la tu ? ##fyp ##fyppppp ##berandafyp ##fyptak? original sound – Kait_bymai

Advertisement

Dalam perkongsian video tersebut, mereka sekeluarga dilihat sedang melakukan tahlil di pusara arwah bapanya itu. Sewaktu tahlil dibaca, ibunya dilihat sedikit sebak dan menitiskan air mata.

Namun, apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila mood sedih ibunya serta-merta bertukar selepas si anak yang merakam video itu terkentut dengan kuar dan ‘berirama’.

Niat nak rakam perkara lain sebenarnya

Disebabkan itu, jelas terlihat wajah ibunya yang sedikit terkejut mendengar bunyi yang ‘luar biasa’ itu ketika semua berada dalam keadaan serius. Namun, pengguna TikTok tersebut bukan sengaja mahu merakam video dia sedang kentut.

Pengguna tersebut sempat menjelaskan yang dia memang ingin merakam video ketika berada di pusara bapa, namun tujuan asal adalah untuk membuat pantun buat arwah bapanya yang sepatutnya menyambut ulang tahun pada tarikh berkenaan.

@kait_bymaiReply to @danielkedah0183 aku record mmg nk buat content tp aku nk buat pantun akhir ayah tp kentut plak tersasul ?? original sound – Kait_bymai

Jadi, terkentut semasa membaca tahlil itu bukanlah disengajakan dan ia sama sekali tidak dirancang. Perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba dan bukan disengajakan demi content semata-mata.

“Kentutnya ikut taranum”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 3.1 juta tontonan, 382.4 ribu tanda like dan 12 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat kejadian anak tersebut kentut yang tidak disangka-sangka itu.

Advertisement

Anak kentut ketika tahlil Anak kentut ketika tahlil Anak kentut ketika tahlil Anak kentut ketika tahlil Anak kentut ketika tahlil Anak kentut ketika tahlil Anak kentut ketika tahlil Anak kentut ketika tahlil

Anak kentut ketika tahlil

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang bunyi kentut itu sangat luar biasa dan lain daripada yang lain. Ada juga yang mengatakan bunyi kentut tersebut mengikut taranum.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...