Seperti yang kita tahu, sekarang ini sudah banyak aktiviti yang telah dibenarkan oleh kerajaan sejak semua negeri di Malaysia sudah masuk ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Namun, kebenaran untuk melakukan aktivtiti serta kelonggaran tersebut perlulah dilakukan tanpa melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sebelum ini, kita dapat lihat ramai individu yang sudah mula keluar untuk melakukan aktiviti outdoor seperti mendaki bukit serta mandi sungai dan air terjun. Premis makanan seperti restoran juga dilihat sudah kembali membenarkan pelanggan untuk dine-in.
Kelonggaran untuk melakukan aktiviti tersebut juga turut membenarkan aktiviti menziarahi tanah perkuburan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Jadi, ramai juga individu serta keluarga yang tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian.
Anak kentut ketika tahlil, spoil mood ibu yang tengah sedih
Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @kait_bymai yang memaparkan seorang anak bersama ibu dan ahli keluarganya ketika menziarahi pusara arwah bapanya.
Jadi, terkentut semasa membaca tahlil itu bukanlah disengajakan dan ia sama sekali tidak dirancang. Perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba dan bukan disengajakan demi content semata-mata.
“Kentutnya ikut taranum”
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 3.1 juta tontonan, 382.4 ribu tanda like dan 12 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat kejadian anak tersebut kentut yang tidak disangka-sangka itu.
Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang bunyi kentut itu sangat luar biasa dan lain daripada yang lain. Ada juga yang mengatakan bunyi kentut tersebut mengikut taranum.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara