Ibu Terkejut Anak Dua Tahun ‘Ditemani’ Ular Sawa Batik Hingga Melingkar Ke Bahu

Trending

Ibu Terkejut Anak Dua Tahun ‘Ditemani’ Ular Sawa Batik Hingga Melingkar Ke Bahu

Baru-baru ini, seorang ibu menjadi panik apabila anak kandungnya yang berusia dua tahun tidur lena dengan ‘ditemani’ seekor ular sawa yang berlingkar pada bahu di sebuah rumah di Kampung Gangsa Durian Tunggal.

Wanita berkenaan, Nurul Fatehah Amran, 24, berkata, dia kebetulan masuk ke dalam bilik itu kira-kira jam 9 malam untuk menukar pakaian anaknya yang sedang tidur sebelum melihat ular sawa sepanjang satu meter berada di bahu kanak-kanak tersebut.

Advertisement
Sumber : Canva

Gambar Hiasan

Menurut suri rumah itu, ular sawa berkenaan betul-betul berlingkar di bahu anaknya yang tidur di atas katil.

“Ketika masuk ke dalam bilik, saya ternampak benda berkilat bercorak batik bergerak-gerak di bahu anak saya yang sedang nyenyak tidur”

“Walaupun takut tetapi saya terus angkat dia dan panggil suami serta abang yang berada di rumah, sebelum abang kemudian menghubungi panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Ujar ibu ini, dia sangat bersyukur kerana anaknya tidak mengalami kecederaan. Alhamdulillah..

Ular sawa seberat enam kilogram berjaya ditangkap anggota Pertahanan Awam. Sementara itu Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, empat anggota dikejarkan lokasi untuk operasi menangkap ular selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.40 malam.

“Setiba di tempat kejadian, kita dapati ular sawa masih berada di bawah bantal dan mengambil masa lebih kurang 10 hingga 15 minit menangkap binatang seberat enam kilogram itu sebelum dilepaskan ke habitat asal jauh dari kawasan perumahan,” katanya.

Macam-macam perkara yang tak terjangka kan. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari haiwan-haiwan yang berbisa sebegini.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...