Seorang ibu meluahkan rasa kesal apabila mengetahui duit simpanan yang dikumpul demi masa depan anaknya telah ‘lenyap’ kerana diambil secara sembunyi oleh anak sendiri.
Si ibu meluahkan rasa sebal di laman Threads di mana dia memaklumkan simpanan lebih RM10,000 itu habis dikerjakan anak mereka.
Simpanan itu difahamkan dikumpul untuk membiayai pendidikan anak mereka.
Semalam aku baru sedar RM10,000 duit yang aku dan suami simpan dalam ASB anak kami lesap.
Tahu siapa yang curi? Anak kami sendiri. Boleh anda bayangkan apa perasaan kami. Hancur luluh hati kami dikhianti anak sendiri.
Menurut si ibu, akaun bank tersebut dibuka khas untuk anak mereka dan segala wang seperti duit raya dan simpanan disimpan ke dalam akaun itu.
Anak umur 18 tahun, automatik akaun tu di bawah nama dia. Kita sebagai penjaga pun tak dapat nak akses akaun tu. Baru sedar duit simpanan untuk pendidikan dan kecemasan lesap anak kerjakan senyap-senyap.
Beli iPhone, kasut berpasang-pasang, baju berhelai-helai walaupun mak bapa setiap tahun ada belikan juga. Bila tanya dia kata ada buat side income di hostel.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberi pesanan agar tidak lagi menanggung anak mereka jika berkelakuan seperti itu.
“Boleh dah tu suruh dia keluar dari rumah dan hidup berdikari. Rasa sendiri macam mana susah cari duit” komen netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.