Ibu Tangkap Anak Lelaki Jiran Empat Tahun Lakukan Seks Oral Pada Anak Lelakinya Yang Berusia Tiga Tahun

Trending

Ibu Tangkap Anak Lelaki Jiran Empat Tahun Lakukan Seks Oral Pada Anak Lelakinya Yang Berusia Tiga Tahun

Seorang surirumah dari Bukit Rambai, Melaka berang setelah dia menangkap seorang budak lelaki berusia empat tahun melakukan seks oral terhadap anak lelakinya yang berusia tiga tahun.

Ibu berusia 32 tahun itu berkata kini dia terpaksa menjaga anaknya setiap kali masuk tidur atau ke bilik mandi kerana anaknya kini mula melakukan perkara terlarang sendiri.

Advertisement
Child_Dec_ eBlast

Gambar hiasan

Katanya ketika dihubungi The Star:

Saya terpaksa pukul tangannya dan marah dia setiap kali dia berbuat begitu dan saya rasa tertekan melihat dia terdedah kepada perkara sebegitu pada usia yang sangat mentah.
Apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah hantar dia ke kelas agama dan beritahu dia apa yang betul dan salah.

Surirumah itu menangkap anak jirannya melalukan seks oral di luar rumah mereka pada pukul 5.30 petang pada 7 November.

Saya mula berjaga-jaga setelah beberapa orang jiran berkata budak yang sama juga telah melakukan sesuatu pada anak lelaki mereka.

Pada mulanya saya tak berapa percaya dengan dakwaan jiran-jiran, kemudian saya saksikan sendiri dengan mata kepala saya.

Surirumah itu turut memberitahu yang anaknya mengadu alat kelamin sakit sejak bulan lepas tetapi tidak mengesyaki apa-apa yang buruk.

Ketika saya melihat perbuatan yang menjijikkan itu baru saya sedar perkara ini sudah berlaku lama dan jiran-jran menyatakan yang betul.

Saya tak salahkan anak jiran kerana masih kanak-kanak dan dia mungkin meniru perbuatan seperti itu setelah terlihat bahan lucah.

Bagaimanapun, surirumah itu berasa kecewa dengan reaksi ibu bapa kanak-kanak itu.

Kedua ibu bapa mempertahankan anak mereka dan tuduh saya reka cerita.

Saya beritahu anak mereka perlukan bantuan dan perlu dipulihkan tetapi mereka cabar saya buat laporan polis pula.

Surirumah itu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak keesokan harinya.

Dia memberitahu seorang doktor klinik swasta mengesahkan terdapat kecederaan pada alat kelamin anaknya apabila dibawa untuk pemeriksaan.

Anak saya sukar buang air kecil dan masih memerlukan rawatan.

Sumber polis memberitahu The Star siasatan masih dijalankan dan polis sudah bercakap dengan kedua ibu bapa kedua anak lelaki yang terlibat kerana ia melibatkan kanak-kanak.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...