Ibu Syed Saddiq Kongsi Pandangan Mengenai Sikap Bakal Menantu, Anggap ‘Sekufu’ Dengan Syed Saddiq

Trending

Ibu Syed Saddiq Kongsi Pandangan Mengenai Sikap Bakal Menantu, Anggap ‘Sekufu’ Dengan Syed Saddiq

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa syukur melihat keserasian antara anaknya bersama bakal menantu, pelakon Bella Astillah.

Menurut Sharifah Mahani, Bella disifatkan sebagai seorang yang baik dan mudah menyesuaikan diri dengan keluarga.

Advertisement

“Bella seorang anak yang baik, dia mendengar kata bukan sahaja dari ibu dan ayah dia, juga dari pihak keluarga dia cuba sesuaikan diri. Alhamdulillah,” ujarnya menerusi video temu bual yang dikongsi di Instagram ERA.Je.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara keistimewaan Bella adalah keserasian yang jelas bersama Syed Saddiq, termasuk minat yang sama dalam bidang sukan.

“Dia boleh persefahaman dia bersama dengan Saddiq, dia juga minat dalam bidang sukan dan apa yang Saddiq sukai dia pun sama-sama ceburi.”

“Jadi dari situ tahu Saddiq bukan keseorangan. Saddiq ada teman untuk bersama-sama,” kongsinya.

Dalam pada itu, sebagai seorang ibu, Sharifah Mahani turut menitipkan doa agar hubungan pasangan tersebut dipermudahkan.

“Untuk mereka berdua harapan dari seorang ibu, mudah mudahan anakku Bella yang disayangi, kedua dua mereka akan dapat Allah permudahkan perjalanan hidup mereka dan kemudian sampai ke Jannah.”

“Mudah mudahan apa yang dihajati, cita-cita mereka dimakbulkan Allah, doa sentiasa diiringi,” ujarnya.

Terdahulu, Bella Astillah dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Syed Saddiq pada petang Sabtu.

Untuk rekod, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.

Pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk, namun berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sy
2026-03-28 10:27:04

Bella Astillah Dan Syed Saddiq Bertunang Hari Ini, Majlis Nikah Dalam Masa Terdekat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...