Ibu Syamsul Yusof ‘Back Up’ Nur Fazura Terlebih Mesra Di Majlis – “Apa Dosanya Sentuh Muka Kawan-Kawan?”

Hiburan

Ibu Syamsul Yusof ‘Back Up’ Nur Fazura Terlebih Mesra Di Majlis – “Apa Dosanya Sentuh Muka Kawan-Kawan?”

Isteri kepada pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail tampil mempertahankan pelakon jelita, Nur Fazura,  yang menjadi perbualan hangat selepas didakwa bersikap terlalu mesra ketika menghadiri majlis perkahwinan selebriti Indonesia, Luna Maya.

Kecoh di media sosial apabila sebuah video tular memaparkan Fazura beramah mesra dengan Nagita Slavina di majlis eksklusif berkenaan. Dalam klip tersebut, Fazura dilihat menyentuh dan memegang wajah Nagita sewaktu mereka berbual aksi yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Advertisement

Sesetengah pengguna media sosial mempersoalkan tingkah laku Fazura yang dianggap ‘terlebih mesra’ di khalayak, manakala ada juga yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap cara beliau berinteraksi.

Namun, dalam satu komen ringkas tetapi penuh makna di ruangan video berkenaan, **Datin Patimah tampil memberikan sokongan terbuka kepada Fazura**, menyifatkan tindakan tersebut sebagai tanda kemesraan biasa.

Apa dosanya sentuh muka kawan-kawan? Itu tanda mesra dan peramah.

Kenyataan itu mendapat sokongan ramai warganet yang memuji sikap Datin Patimah yang tenang, positif, dan tidak cepat menghukum. Ramai menyifatkan komen itu sebagai satu bentuk sokongan sesama wanita dalam dunia hiburan yang penuh cabaran.

Terdahulu, Fazura mencuri tumpuan apabila menghadiri majlis perkahwinan mewah Luna Maya dan Maxime Bouttier yang berlangsung meriah di Jakarta. Fazura turut berkongsi momen istimewa sepanjang majlis tersebut menerusi foto dan video di laman sosialnya.

Selain itu, kami kongsi artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-08-04 16:20:52

"Acah-Acah 'Lovely' La Tu" - Netizen Tak Senang Lihat Tabiat Fazura Suka Sentuh Muka, Tudung Orang Di 'Event'?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...