Ibu Suruh Anak OKU Telan Paracetamol Sebelum Tikam Leher & Bunuh Diri – “Dia Macam Tertekan”

Kehidupan

Ibu Suruh Anak OKU Telan Paracetamol Sebelum Tikam Leher & Bunuh Diri – “Dia Macam Tertekan”

Mayat seorang wanita bergelar ibu ditemui di sebuah rumah di Taman Kota Laksamana, Melaka petang semalam.

Menurut laporan, wanita terbabit maut dipercayai menikam dirinya sendiri selepas cuba membunuh anak lelakinya yang berstatus OKU.

Advertisement

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang dan lelaki OKU (mental) berusia 26 tahun itu dilaporkan terselamat tetapi mengalami kecederaan di leher akibat ditikam.

Pisau

Salah seorang ahli keluarga memaklumkan kejadian tersebut diketahui selepas lelaki itu menghubungi neneknya untuk memberitahu lehernya telah ditikam.

Nenek mangsa (ibu si mati) bersama beberapa ahli keluarga kemudian bergegas ke rumah terbabit namun mangsa telah keluar dari rumah dengan baju yang dibasahi dengan darah.

Mereka kemudian membawanya masuk untuk menukar baju dan ternampak wanita berusia 56 tahun itu yang tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu.

Mangsa beritahu ibunya telah menyuruhnya menelan sejumlah paracetamol dan tidur dalam keadaan tidak berbaju sebelum kemudian tiba-tiba menikam lehernya menggunakan pisau.”

Rumah

Sebelum kejadian, si mati yang bekerja sebagai guru tadika itu dikatakan berubah menjadi pendiam dan enggan mendengar apa yang dicakap oleh keluarga seolah-olah berada dalam keadaan tertekan.

Kami syak dia ingin pergi (mati) bersama anaknya, dia seorang ibu tunggal dan mempunyai dua anak dengan mangsa merupakan anak bongsu daripada dua beradik, sulung berusia 28 tahun.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

bakar isteri
1 year ago

Suami Bakar Isteri Sampai Mati Sebab Bengang Keluarga Mentua Tuduh Hisap Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...